"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis 18 tahun tikam leher bapa yang halangnya melakukan hubungan sejenis

Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisen R Munusamy berkata mangsa ditikam sebanyak 2 kali menggunakan pisau pemotong sayur oleh anak gadisnya yang marah hubungannya dengan seorang gadis lain tidak direstui.

"Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 10.49 pagi berhubung kejadian itu dan mangsa dibawa keluarganya ke Hospital Selayang untuk dirawat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya polis menahan suspek berusia 18 tahun terbabit yang masih bersekolah susulan kejadian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
-Bernama-

Tiada ulasan: