"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis cantik ini balas kenyataan 'pedas' Donald Trump

BEBERAPA hari lalu, calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membuat cadangan 'aneh' agar mereka yang beragama Islam dipakaikan dengan sejenis alat pengesan dan identifikasi, sebagai satu cara memerangi keganasan.

Ia menerima reaksi yang pelbagai dari komuniti Islam yang kebanyakan sudah biasa dengan mulut celupar Trump. Dan bagi seorang gadis cantik bernama Marwa Balkar, dia menyifatkan cadangan itu sebagai satu peluang keemasan untuk memperjelaskan apa itu Islam.

Dalam kemas kini status di laman Facebook, Marwa berkata jika diberi pilihan, dia mahu menggunakan simbol aman atau peace sebagai identiti kerana itulah ajaran yang dibawa oleh Islam.

Mengenai idea Trump berhubung alat pengesan, Marwa yang menetap di California berkata ia mungkin satu langkah yang baik untuk mendedahkan kepada ahli perniagaan itu tentang aktiviti yang dilakukan umat Islam dalam kehidupan seharian.

Jelas Marwa, Trump akan dapat melihat bagaimana dia melakukan kerja-kerja amal, dibantu oleh rakan-rakan seagamanya.

Dari situ, Trump akan sedar bahawa umat Islam tetap menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Amerika yang lain.

Status yang dimuat naik pada 21 November itu telah menerima hampir 500 ribu likes dan lebih 150 ribu perkongsian.

Lebih menarik, CEO Facebook, Mark Zuckerberg, merupakan antara ratusan ribu yang menyukai status berkenaan.

Tiada ulasan: