"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKPB disambung sehingga 9 Jun

Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat kata sepakat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Atas nasihat KKM dan MKN, saya ingin umumkan PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei akan disambung sehingga 9 jun iaitu 4 minggu lagi," katanya dalam perutusan khas menerusi siaran langsung RTM hari ini.

Tiada ulasan: