DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
MELAKA – Seorang remaja lelaki ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung di bahagian stor sebuah rumah di Banda Hilir, di sini.
Menurut sumber, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 14 Mei lalu, namun ia tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini menerusi sekeping foto berkaitan kes.
“Kejadian disedari ahli keluarga kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu tidak menyahut panggilan sebelum pemeriksaan dilakukan di bahagian belakang rumah.
“Mereka kemudian menemui mangsa dalam keadaan tergantung dan cuba menyelamatkannya, namun remaja itu tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya.
Ujarnya lagi, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami tekanan berdasarkan perubahan tingkah lakunya sejak kebelakangan ini.
Tambahnya, pemeriksaan di lokasi kejadian serta tubuh badan mangsa juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah atau kecederaan lain.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan