"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar perempuan

MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seorang lelaki gila seks kini menjadi buruan polis selepas didakwa menunjukkan kemaluan kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Presint 9, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lelaki berkenaan kini sedang diburu pihaknya.

A. Asmadi berkata, pihaknya menerima dua laporan polis daripada dua pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan hari ini berhubung kejadian itu.

“Kami sudah berjaya mendapatkan butiran suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dikongsi pelajar berkenaan.

“Kami sedang menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Ujar beliau, berdasarkan laporan mangsa, kejadian itu berlaku di hadapan tempat letak kereta awam di hadapan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 9 (2).

A. Asmadi berkata, mangsa mendakwa telah didekati seorang pemuda yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sebelum suspek bertindak bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu.

“Sejurus selepas itu, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan tersebut.

“Pelajar itu kemudian melarikan diri namun sempat merakam gambar kereta dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: