"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita berusia 35 tahun berkhalwat ketika suami keluar kerja

Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Anggota penguat kuasa PADK mengambil keterangan lelaki dan wanita berkenaan. FOTO IHSAN PADK

Anggota penguat kuasa PADK mengambil keterangan lelaki dan wanita berkenaan. FOTO IHSAN PADK

Kulim: Tindakan seorang wanita berstatus isteri orang yang mempunyai empat anak sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam sebuah bilik sewa di sebuah kampung di sini ketika suaminya keluar bekerja membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat, hari ini.

Wanita berusia 35 tahun dan pasangannya yang berusia 32 tahun itu dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian, suami wanita itu dipercayai keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar di daerah ini.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga kanak-kanak disyaki anak wanita itu dipercayai sedang tidur.

"Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini, kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, wanita yang berasal dari daerah ini itu bekerja sebagai tukang cuci, manakala lelaki yang berasal dari Pendang itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut Anwar Shariffudin, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.

Tiada ulasan: