KOSMO

Wanita itu dilihat membelai rambut kekasihnya yang sedang berbaring di atas bangku. - Google Maps/CEN
LIMA – Seorang lelaki di Peru memfailkan perceraian selepas terjumpa gambar memaparkan isterinya berlaku curang dengan lelaki lain ketika melihat aplikasi sistem kedudukan global, Google Maps, lapor akhbar Mirror UK.
Imej dirakam di Puente de los Suspiros de Barranco, Lima pada 2013 itu menunjukkan wanita tersebut membelai rambut kekasihnya yang sedang berbaring di atas pangkuannya.
Si suami berkata, hubungan sulit itu terbongkar kerana wanita di dalam gambar tersebut memakai pakaian serupa yang dimiliki isterinya.
Mereka akhirnya bercerai selepas si isteri mengaku telah menjalinkan hubungan sulit.
Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Seeloknya si isteri memberitahu kepada suaminya bahawa dia tak lagi mencintainya,” kata seorang netizen. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan