"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hari raya ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Mac


Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri pada Sabtu ini, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 21 Mac 2026," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Keputusan menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 2026 bersamaan 1447 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 19 Februari lalu.

Tiada ulasan: