"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lenyek kepala isteri dengan motosikal, suami durjana diburu polis

Sinar Harian
Rakaman CCTV memaparkan lelaki tersebut mengasari isterinya di tempat awam dalam kejadian Ahad lalu. -- SINAR HARIAN
Rakaman CCTV memaparkan lelaki tersebut mengasari isterinya di tempat awam dalam kejadian Ahad lalu. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai bertindak kejam terhadap isterinya dengan memukul mangsa di tempat awam sebelum melanggar kepala mangsa dengan motosikal dalam kejadian di Kota Shahbandar awal pagi Ahad lalu.

Pada Isnin, tular video berdurasi 56 saat yang menunjukkan perbuatan kejam suspek terhadap isterinya di media sosial.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang turut bertindak agresif menampar serta menarik rambut isterinya berusia 20 tahun berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 51 tahun yang mengetahui kejadian itu selepas melihat rakaman CCTV di sebuah premis hiburan keluarga di kawasan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka pada jam 4.41 pagi oleh ambulans untuk menerima rawatan di zon merah akibat kecederaan yang dialami.

“Mangsa disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala dan pipi kanan.

“Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah ibunya di Tanjung Minyak Perdana,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, pada hari sama sekitar jam 8 malam, mangsa didapati tiada di rumah selepas dipercayai keluar bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun mengikut suspek.

“Ibu mangsa turut mendapati pintu belakang rumah telah dibuka secara paksa dan usaha untuk menghubungi mangsa gagal.

“Laporan polis dibuat kerana bimbang terhadap keselamatan mangsa dan anaknya,” katanya.

Tambah beliau, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga. -Sinar Harian

Tiada ulasan: