"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tamim beri syarat serah diri pada polis

Malaysiakini 

Aktivis kempen antirumah ibadat haram Tamim Dahri Abdul Razak, yang sedang dikehendaki pihak berkuasa atas dakwaan menghina simbol suci Hindu, bersetuju untuk menyerah diri tetapi dengan satu syarat.

Dalam satu catatan di akaun media sosial 'Tanah Malaya', Tamim berkata dia akan kembali ke negara ini dan menyerahkan diri kepada polis jika pihak berkuasa merobohkan senarai kuil Hindu yang didakwa "haram".

"Kami strategis Tanah Malaya datang dari latar teknikal, bukannya seni dan hanya biasa dengan satu perkara: problem solving. Walaubagaimanapun, hari ini kami cuba untuk bertindak seperti orang seni.

"Tamim sedia pulang ke Malaysia untuk serah diri kepada PDRM dalam masa terdekat, dengan syarat perobohan kuil haram," kata catatan di akaun Thread Tanah Malaya.

Tanah Malaya ialah sebuah kumpulan aktivisme yang diasaskan oleh Tamim yang aktif mengumpul dan berkongsi maklumat tentang kuil-kuil yang didakwa dibina tanpa kebenaran di Malaysia.

Dia menyenaraikan empat kuil: satu di Jalan Pandanmas (di Kuala Lumpur), kuil di Hospital Bukit Mertajam di Pulau Pinang, kuil lama Seafield, dan kuil "Jakel".

Kuil lama Seafield dipercayai merujuk kepada kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, yang menyaksikan rusuhan yang mengorbankan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun 2018; manakala kuil Jakel merujuk kepada Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan kepada pertikaian tanah kontroversi antara Jakel Trading dan jawatankuasa kuil.

Dalam balasan kepada catatan itu, Tamim mengesahkan bahawa dia membuat "tawaran" untuk menyerah diri.

Tamim sepatutnya didakwa di mahkamah di Langkawi pada hari Selasa, tetapi pendakwa raya memohon penangguhan untuk membolehkan mereka membawanya ke mahkamah.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Tamim berada di Riyadh. Walau bagaimanapun, catatan media sosial Tamim sendiri menunjukkan dia berada di Madinah.

Tiada ulasan: