"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kak Tunda' sensasi baru Internet

kak tunda mca jessie ooi 2
Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.


"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

kak tunda satirical pix
"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.


Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).

Sallehudin Ayub masuk tokong Cina Endau?

21Halim

Ketua Pemuda UMNO Mersing buat demo depan Balai Polis Endau dua hari lalu. Puncanya ialah menyampah dengan kehadiran pimpinan PR pusat yang akan datang bertamu.


Gambar Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Sallehudin Ayub terpampang sana sini. Pihak Majlis Daerah juga sudah ada kerja tambahan. Ronda kawasan dan turunkan kain rentang 'haram' (tiada cop sebab kononnya tiada permit).

Itu hari penulis ada kata Anwar ingin mengail. Rupa-rupanya pimpinan PAS dan DAP teringin berehat sama. Lim Kit Siang mahu sewa bot laut dalam yang banyak dimiliki oleh kaum Cina. Sallehuddin pula sekadar mahu pasang jaring di tepi pantai.

Datang pula Cikgu Roslan Nikmat, YDP PAS Mersing bersama Mr Norton, Pengerusi DAP Tenggaroh ajak mereka bertiga itu melawat Dewan Che Ru Khor. Endau yang tersergam itu. Pimpinan PR Mersing ini mahu buat sedikit ucapan dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Jadi pada 19 Februari 2012 ini, sudah pasti bandar Endau akan menjadi cukup sibuk dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar maklumat terkini mengenai isu politik tanahair.

Menurut maklumat, Anwar akan menjadi orang yang pertama menyampaikan ucapan, selepas kata-kata aluan pimpinan PR Mersing. Lazimnya, dalam program ceramah di Mersing, tetamu paling penting akan berucap paling akhir. Kali ini tidak.

Ini bermakna, para petugas harus cari jalan memaklumkan kepada orang ramai agar hadir lebih awal. Majlis akan bermula kira-kira jam 8 malam. Anwar Ibrahim akan segera beredar ke Kluang pada jam 9.30 malam kerana orang Kluang pula mahu jumpa dengan Anwar.

Anwar tidak perlu ditanya. Dia sendiri akan ceritakan hal Israel. Geng UMNO Mersing sedang jual cerita Anwar sokong Israel kepada orang kampung.

Jangan datang lepas isyak macam biasa. Alamat terlepas mendengar ucapan berbisa. Tetapi selepas Anwar, boleh dengar bicara Sallehudin Ayub pula.

Sallehudin juga tidak perlu ditanya. Dia mungkin akan ceritakan desas desus kedudukan beliau yang dikatakan bakal MB Johor. Penyokong UMNO yang mahu Dr Latif jadi MB Johor boleh hadir dengar ucapan bakal MB dari kalangan PAS pula.

Sementara itu, Lim Kit Siang masih 50-50 untuk turun ke Endau. Orang Cina Endau berharap sangat beliau dapat hadir.

Dewan Che Ru Khor, Endau yang terletak bersebelahan tokong Cina ini telah diresmikan oleh Dr Latif selaku Ahli Parlimen Mersing. Sudah pasti beliau terkejut, macam mana pihak pengurusan boleh benarkan orang PR menyewa dewan berkenaan.

Secara tidak langsung, lenyap cerita Sallehudin Ayub sanggup gadai akidah raih undi sampai ke dalam tokong Cina. Hari itu heboh kisah Cikgu Roslan masuk kedai jual babi. Kini sudah senyap sunyi.

Ketua Pemuda UMNO Mersing lagi bimbang sebab beliau ingin menjadi calon N32 Endau bagi pihak UMNO. Dia tidak mahu tumbang. Itu pasal dia buat demontrasi mini.

Penulis bimbang juga majlis tidak lancar akibat kawalan keselamatan yang lemah. Penulis mengesyorkan agar pasukan RELA diundang sama. Bayarannya tidak semahal mana.

Lembaga hitam dukung nenek

Lembaga hitam dukung nenek
SUNGAI BARU: Seorang nenek kepada 30 cucu yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya.

Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah.

Menurutnya, kejadian itu diketahui apabila Zurina menghubunginya dan bertanyakan mengenai ibu mereka yang tiada di dalam rumah.

“Saya menyuruh Zurina mencari ibu di bilik air, namun tiada dan puas dia mencari di sekeliling rumah tetapi gagal ditemui.

"Saya segera pulang ke rumah dan kemudian terus mengajak adik saya untuk mencari ibu sehingga malam, namun tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditemui 5 km dari rumah

Masitah berkata, mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Janggus bagi mendapatkan bantuan mencari ibu. Dia berkata, keesokan harinya (Khamis) jiran mereka memberitahu Johara telah ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya.

“Sewaktu jiran saya membawa ibu pulang, dia kelihatan agak letih mungkin disebabkan tidak tidur, makan dan minum semalaman.

“Ibu juga ada memberitahu saya, dia dijaga oleh tiga lembaga atau 'orang' sepanjang berada di kawasan sawah padi itu, namun tidak mengenali mereka,” katanya.

Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi.

Nampak orang cari tapi tak mampu mengeluarkan suara

Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu.

Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran.

“Saya dan adik ada juga mendapatkan bantuan daripada bomoh sewaktu ibu belum ditemui dan bomoh turut memberitahu hanya ibu sahaja yang boleh melihat orang di sekeliling namun tidak sebaliknya.

“Sejak ibu dibawa pulang, dia juga kurang selera makan berbanding sebelum ini dan lebih banyak minum air termasuk air teh yang sebelum ini dia tidak gemar,” katanya.

Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat.

Temui Johara duduk atas tanah bendang

Sementara itu, Johara berkata, sewaktu perjalanan ke kawasan berkenaan, dia tidak berasa letih walaupun jauh kerana berasa seolah-olah ada orang yang mendukungnya ke sana.

Sinar Harian turut menanyakan Johara lebih lanjut mengenai kejadian, bentuk tubuh serta usia tiga ‘orang’ atau lembaga misteri yang menjaganya, namun Johara tidak dapat menjelaskannya kerana tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

Penduduk, Ismail Othman, 70, berkata, sewaktu dia terjumpa dengan Johara, wanita itu sedang duduk di atas tanah yang telah dilalui oleh jentera padi.

Dia yang sebak melihat keadaan Johara yang kelihatan pucat lesu segera mengangkat lalu memapah untuk dibawa pulang ke rumah.

“Pada awalnya saya tidak menyangka objek hitam di tengah petak sawah ialah Johara namun saya tetap mendekati objek terbabit untuk mendapatkan jawapan.

“Johara juga ada memberitahu saya yang dia dijaga oleh tiga lembaga berwarna hitam dan bertubuh besar sepanjang berada di petak sawah itu,” katanya.

Ismail berkata, tidak banyak yang ditanyakan kepada Johara mengenai kejadian itu kerana sepanjang perjalanan pulang, dia berasa sedih melihat keadaan Johara.