"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Allah Pulihkan Penglihatan Lelaki Buta Depan Kaabah (video)


SEORANG lelaki tua menggemparkan jemaah yang berada berhampirannya apabila tiba-tiba berdiri sambil menjerit dan menangis, usai solat asar di Makkah, kelmarin.

Berulang kali lelaki tersebut melaung kesyukuran kepada Allah SWT membuatkan semua orang tertarik untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Ya Allah mataku sudah boleh melihat, aku sudah boleh melihat, Allahuakbar..” ratap lelaki tua tersebut yang mendakwa dirinya selama ini buta, namun tiba-tiba diizinkan Allah Taala untuk melihat pada petang itu.

Hal ini membuatkan orang sekeliling lelaki tua berkenaan mula melafazkan tahniah dan memuji-muji kebesaran Tuhan terhadap hambanya.

Salah seorang saksi turut bertindak merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuatnaik video ke laman sosial, membuatkan dalam masa sekejap sahaja rakaman itu menjadi viral.

Kebanyakan page Facebook berkaitan Islam turut dilihat mula berkongsikan video tersebut yang seperti dijangka, mendapat perhatian ramai.

Pemeriksaan Mynewshub bagaimana pun mendapati, ada pihak mendakwa aksi lelaki dalam video tersebut sebenarnya cuma lakonan seorang pencuri profesional yang cuba melepaskan diri daripada pihak berkuasa namun tidak berjaya apabila dia tetap ditahan tak lama selepas itu.

Buat masa ini tak dapat dipastikan yang mana satu penjelasan tepat bagi video yang sedang viral ini – sama ada lelaki buta tiba-tiba boleh melihat ketika solat Asar, atau pun semua ini cuma lakonan semata-mata. Namun jika dilihat semula pada rakaman, lelaki tua terbabit jelas memakai jam tangan. Wallahua’lam.
-MYNEWSHUB.CC

Pelakon Will Smith antara 8 orang usung jenazah Muhammad Ali

willLOUISVILLE (AS): Bintang Hollywood Will Smith dan bekas juara tinju dunia Lennox Lewis merupakan antara lapan orang dipilih mengusung jenazah Muhammad Ali yang dijangka disemadikan Jumaat ini, menurut jurucakap.
Legenda tinju yang terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak kemanusian itu meninggal dunia minggu lalu pada usia 74 tahun, selepas mengalami masalah kesihatan di samping penyakit Parkinson’s yang dihidapinya sejak lebih 30 tahun.

Smith menjadi teman rapat Ali selepas membintangi filem arahan Michael Mann, “Ali” pada 2001.

Image result for Lennox LewisLewis pula dianggap salah seorang peninju terbilang dunia yang memenangi kejohanan dunia selama 25 tahun.
Kedua-dua mereka akan mengusung jenazah Ali bersama-sama enam anggota keluarga dan sahabat rapat, menurut jurucakap keluarga Ali, Bob Gunnell.

Upacara pengebumian yang akan diadakan Jumaat ini di kampung halaman Ali di Louisville, Kentucky, dijangka menerima kehadiran besar dan akan disiarkan di serata dunia.

Sebelum itu, jenazah akan dibawa berarak menuju jalan raya, sebelum tiba di Freedom Hall bagi upacara doa.

Penganjur berkata upacara di Louisville bertujuan menyampaikan mesej keamanan dan toleransi.

Jenazah Ali, yang diterbangkan dari Arizona ke Kentucky pada Ahad, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cave Hill.
-AFP

Kanak-kanak 3 tahun cedera kemaluan tersepit eskalator (Gambar)

Tersepit-Escalator
BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya di sini malam tadi (6 Jun).

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Nasir Wahab berkata dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.

Katanya semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di aras tiga premis berkenaan.
-Bernama-