"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut ditembak rakan sekerja di depoh diesel Bukit Minyak

Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my
POLIS menjalankan siasatan di lokasi kejadian di depoh penyimpanan diesel perindustrian di Mukim 14, Bukit Minyak, hari ini. FOTO NSTP
POLIS menjalankan siasatan di lokasi kejadian di depoh penyimpanan diesel perindustrian di Mukim 14, Bukit Minyak, hari ini. FOTO NSTP
Bukit Mertajam: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut ditembak di sebuah depoh penyimpanan diesel perindustrian di Mukim 14, Bukit Minyak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa dipercayai ditembak sebanyak tiga das pada bahagian badan dan kaki.

Difahamkan, suspek yang dipercayai rakan sekerja mangsa berusia dalam lingkungan 40-an, melarikan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan.

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan, termasuk mengenal pasti motif di sebalik serangan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.