"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar: Peniaga ditangkap menjual daging yang dikata daging lembu, rupa-rupanya daging babi

Peniaga ditahan
Surabaya: Polis di bandar Kota Besar di sini telah berjaya menahan tiga penjual daging di tempat berasingan kerana menipu pembeli dengan menjual daging babi yang dikatakan daging lembu.

Peniaga terbabit, semuanya lelaki yang berusia antara 34 dan 61 tahun dituduh menjual daging babi yang mereka dakwa daging lembu.

Dua daripada mereka ditahan ketika berniaga di pasar Mangga Dua Wonokromo, sementara seorang lagi di Pasar Lakarsantri.

Menurut jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga berkata, ketiga-tiga mereka memberitahu daging itu adalah daging lembu yang kurang berkualiti, disebab itulah mereka menjualnya dengan murah.

Harga yang ditawarkan adalah Rp90,000 (RM 27.531) jika dibandingkan dengan harga daging lembu biasa yang bernilai Rp130,000 (RM 39.767) sekilogram.

“Caranya, jika ada orang datang membeli, semua daging yang dijual dikatakan daging lembu. Padahal sebenarnya yang diberikan adalah daging babi”, terang Sinto.

“Biasanya, mereka memberitahu kepada pembeli, daging babi yang mereka jual itu adalah daging lembu yang kurang kualiti, sebab itu harganya lebih murah iaitu Rp90,000 (RM 27.531)sekilogram. “, kata Shinto lagi.

Akibat perbuatan itu, ketiga mereka kini berhadapan hukuman penjara maksimum empat tahun. 
-Siakapkeli

14,000 hadir solat jenazah Muhammad Ali (Gambar&video)

LOUISVILLE: Lebih 14,000 orang menunaikan solat jenazah untuk legenda tinju dunia, Muhammad Ali di kampung halamannya di sini, Kentucky.

Pengasas Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, Imam Zaid Shakir mengetuai solat jenazah itu.
Beliau melaungkan “Allahu Akbar” dan bacaan ayat al-Quran di depan keranda jenazah Ali yang diselimuti kain warna hitam dan emas.

Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang.
Beliau yang meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 74 tahun juga dikenali sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia.

Ramai yang terpikat dengan Ali kerana menjadikan Islam lebih diterima di AS dan menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.

Presiden Barack Obama dalam akaun Facebooknya yang disiarkan secara langsung dari Rumah Putih memberi ucapan takziah sambil memegang senaskhah buku, “GOAT: A Tribute to Muhammad Ali,” dan menandatangani sepasang sarung tangan tinju yang diberikan oleh Ali kepadanya.
“Amat jarang sekali seorang tokoh mencetuskan satu imaginasi kepada seluruh dunia. Dia adalah antara salah seorang dan dalam buku saya ini dialah sentiasa yang terhebat,” kata Obama.

Ali dijangka dikebumikan lewat hari ini selepas satu upacara penghormatan awam yang dijangka turut dihadiri bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan pelawat terkenal, Billy Crystal yang berlangsung di KFC Yum Center.
“Ali tidak akan ‘mati’. Semangatnya terus hidup,” kata promoter tinju, Don King kepada Reuters dari Freedom Hall, kompleks di mana Ali menumbangkan Willi Besmanoff pada 1961, iaitu pertarungan terakhirnya di Louisville.

Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens.
-Reuters

Nik Abduh kata PAS mahu dekati, fahami Umno

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu cuba memahami Umno dalam usaha mendekati parti Melayu itu.

Kata beliau usaha berkenaan dijalankan atas dasar "kepentingan Islam".

Menurut anggota parlimen Pasir Mas itu, PAS mahu meyakinkan Umno bahawa persefahaman atas dasar Islam perlu khusunya melalui rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa PAS bagi meminda Akta 355.

Nik Abduh berkata selain Umno PAS juga cuba memahami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

“PAS cuba faham elok-elok Umno, NGO, kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu.

"Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno untuk fahamkan mereka - bukan hanya rakyat - bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin, ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama.

"Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka? Kalau mereka terima, alhamdulillah, itu baik,” katanya dilapor Sinar Harian, hari ini.

Nak maju kena bersatu

Menurut Nik Abduh lagi, PAS bukan sahaja berniat, malah berazam untuk bersatu dengan Umno.

Katanya ia kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah bagi menyatukan umat "di atas jalan yang betul", selain aspek penyatuan parti politik.

“Memang PAS ditubuhkan untuk menyatukan ummah. Bukan hanya niat, dia (ada) niat, azam, ada belaka," katanya.

Pada masa sama dalam temu bual itu juga Nik Abduh menyentuh tentang kerjasama PAS dengan parti pembangkang lain.

"Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.


“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja.

"Tapi saat ini kita berpecah (dengan parti pembangkang lain). Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu (perpaduan) kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” katanya.

Bagaimanapun tambah Nik Mohamad Abduh, penyatuan Umno dan PAS bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.