"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kita perlukan sokongan Umno untuk menang, kata PAS', Ini maknanya pas dah tak lawan umno

PAS mengakui mereka memerlukan sokongan ahli Umno untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen, walaupun sebelum ini menafikan akan wujudnya kerjasama politik antara dua parti terbesar Melayu Islam itu.

Menurut Presidennya Abdul Hadi Awang, PAS tidak mampu menang lebih banyak kerusi Parlimen dengan hanya sokongan penyokong parti Islam itu sahaja.

"Hari ini, kita mempunyai 195 kawasan dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara. Bermakna sebahagian besar kawasan Parlimen sudah ada kawasan PAS.

"Kita perlu sedar, negara kita yang mengamalkan demokrasi berparlimen memerlukan undi banyak untuk mendapatkan kuasa.

"Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS sahaja, tidak boleh menang dengan penyokong PAS sahaja. Kita perlu pada orang lain mengundi kita.

"Sana ada orang atas pagar, parti lain termasuk orang Umno sendiri mesti diajak mengundi kita untuk buat perubahan politik negara kepada Islam," katanya lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Oktober lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, Majlis Syura Ulama sudah memutuskan yang parti Islam itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana ia boleh menjejaskan kekuatan parti.

Tambahnya, kesedaran orang Islam mengenai politik masih lagi tidak kukuh dan matang kerana kebanyakan mereka termasuklah anak muda tidak kisah dan peduli tentang politik.

"Mereka tidak sedar kenaikan harga barang, susahnya kos hidup, masalah jenayah dan masalah salah laku kerana salah politik, salah mengurus negara tidak berdasarkan kepada dosa dan pahala diajarkan Islam," katanya.

Hadi juga mengatakan yang PAS tidak bimbang kehilangan pemimpin kepada parti serpihannya, Amanah kerana jumlah penambahan ahli baharu tahun ini amat memberangsangkan.

"Parti ini tidak mati tetapi cahayanya tidak padam. Malah ahli juga semakin bertambah.

"Tahun ini sahaja, kita menerima ahli baru yang sangat mengejutkan. Jumlahnya seramai 41,000 orang.

"Jadi, jangan bimbang mereka yang 'serpih' itu keluar parti kerana mereka yang masuk parti lebih ramai," katanya.
-themalaysianinsight

Apa sebenarnya yang berlaku dengan IMAMS?

Jahabar Sadiq
DALAM tempoh sehari, kerajaan yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya membatalkan skim tak masuk akal untuk meraih untung daripada kepesatan perniagaan Umrah di Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak mengatakan beliau tidak bersetuju bakal jemaah dikenakan bayaran untuk memohon visa Umrah di bawah Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Bersepadu (IMAMS) yang diuruskan syarikat swasta.

Menteri Pelancongan Nazri Aziz dipetik sebagai berkata yang beliau membatalkan sistem itu kerana ia jauh berbeza daripada maklumat yang beliau terima dan bentangkan kepada Parlimen.

Timbalannya, Mas Ermieyati Samsudin mengatakan beliau membatalkannya kerana orang bukan Islam menguruskan sistem yang diwujudkan untuk menguruskan ibadah umrah dan akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan pengurusan pemantauan serta menangani penipuan pakej umrah yang banyak berlaku.

Biar betul? Itu bukanlah rungutan daripada industri dan bakal jemaah. Lebih daripada 300,000 bakal jemaah yang akan menunaikan umrah tahun depan mahu mengetahui mengapa mereka perlu bayar caj tambahan RM90.10?

Bukan kerana sistem itu kendalian orang bukan Islam.

Lagipun, Nazri juga mengatakan yang perkhidmatan itu hanya berharga RM40 dan tidak wajib.

Bagaimana ada orang boleh tersalah tafsir idea seorang menteri dan melaksanakan sistem wajib dipatuhi semua ejen perniagaan Umrah?

Bagaimana boleh tak ada seorangpun terfikir yang akan wujud tentangan daripada bakal jemaah yang sejak bertahun menyimpan duit untuk melakukan Umrah?

Siapa yang memutuskan untuk membenarkan semua ini dan melancarkan sistem itu? Adakah menteri, timbalan menteri atau pegawai kementerian?

Ia bukanlah keputusan yang dibuat dalam tempoh singkat. Sistem itu perlu dibangunkan, diuji dan menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan industri. Tidakkah semua perkara ini dilakukan dan dipertimbangkan?

Adakah wujud dana kerajaan yang digunakan untuk membangunkan IMAMS atau ia memang usaha sama swasta semata-mata? Tidakkah kerajaan mempertimbangkan siapakah pemilik syarikat sebelum menganugerahkan konsensi itu?

Keseluruhan peristiwa dan dolak dalih yang berlaku membuktikan ada perkara lain yang lebih besar, ia bukan hanya salah faham.

Ia hanya membuktikan yang ada orang dalam kerajaan yang tak peduli tentang realiti semasa dan fikir mereka boleh buat untung daripada perniagaan Umrah yang berkembang pesat.

Ya, industri itu perlukan kawal selia dan penipuan perlu dihentikan. Tetapi itu adalah tugas penguatkuasa, bukan tugas sebuah konsensi yang mengutip duit rakyat kerana buat kerja kerajaan.

Ya, IMAMS mungkin idea yang baik atas kertas tetapi realitinya, kosnya bukan sekadar RM90.10 setiap jemaah- harga yang perlu dibayar adalah potensi kerajaan hilang undi setiap seorang jemaah.

'Alahai, satu dunia kena tipu...'


TEHRAN - IRAN. Remaja yang mendakwa bahawa dia menjalani 50 pembedahan untuk kelihatan seperti Angelina Jolie mendedahkan kesemua gambar kelihatan seperti zombie yang tular itu adalah tidak benar.

Memetik laporan Mirror.UK. Sahar Tabar, 19 tahun, berkata, dia sengaja mengubah suai gambar berkenan demi mengekspresikan seni dan demi hiburan semata-mata.

"Gambar yang dimuat naik di Instagram milik saya sebenarnya telah disunting menggunakan kaedah 'photoshop'," katanya.

Tabar mengakui dengan menghasilkan gambar sebegitu memberi kepuasan kepadanya dan baginya ia sebagai satu cara untuk memberi hiburan kepadanya.
Minggu lalu, tular di media sosial seluruh dunia mengenai imej Tabar yang kelihatan seperti aktress, Angelina Jolie, namun berwajah jelik persis zombie.

Dia yang berasal dari Tehran, Iran menjadi 'selebriti' di Instagram berikutan menjadikan laman media sosial tersebut sebagai diari dia bertukar menjadi selebriti kesayangannya itu.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagramnya.
-sinarharian