Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Tiga pelajar lelaki yang dipercayai ada kaitan kes seorang pelajar perempuan ditemui mati dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini ditahan, semalam.
Penahanan ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun dibuat beberapa jam susulan penemuan mayat pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pada jam 5.30 petang.
Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi ini untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.
Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa Irene Sofiya yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam dewan di sekolahnya.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan neneknya yang bertandang ke sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan