"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebai Naib Presiden PAS ini kata mereka boleh menang PRU 14 dan dah sediakan calon PM

Kami boleh menang, dan Hadi boleh jadi PM, kata PAS
Khairil Ashraf
PETALING JAYA: PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya dihubungi FMT hari ini.

Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan keyakinan “keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.

Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.

Bagaimanapun, Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata parti itu tidak pernah membincangkan siapakah calon perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya.

“Kita lawan (dalam PRU14) dulu, apa sibuk sangat,” katanya.

Interpol tolak arahan tangkap Zakir Naik

Interpol tolak arahan tangkap Zakir Naik
Menerusi mesej video, Dr Zakir Naik mengalu-alukan keputusan Interpol itu dengan berkata beliau berasa lega, tetapi akan lebih lega sekiranya kerajaan dan agensi India berinya keadilan dan membersihkan namanya atas semua dakwaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2017.

INTERPOL membatalkan notis arahan merah terhadap pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik pada Sabtu lalu, tetapi Agensi Penyiasatan India (NIA) berkata ia akan memfailkan permohonan baru tidak lama lagi.

New Delhi Television Ltd melaporkan notis merah yang difailkan pada Mei itu ditolak Interpol atas alasan polis India tidak memfailkan seberang tuduhan rasmi terhadap Zakir.

Oktober lalu, NIA hanya memfailkan kertas pertuduhan terhadap Zakir, yang dikatakan bersembunyi di Malaysia kerana didakwa menghasut anak-anak muda menjalankan kegiatan keganasan dan memberi ucapan berunsur kebencian.

"Suruhanjaya mendapati, pada peringkat prosiding ini, arahan notis merah untuk menangkap pemohon bagi ekstradisi beliau adalah pramatang," Suruhanjaya bagi Kawalan Fail Interpol dilaporkan berkata dalam keputusan pada Oktober.

Sementara itu, jurucakap Zakir mendakwa penolakan notis merah itu disebabkan kekurangan bukti, kegagalan pihak berkuasa India mematuhi undang-undang dan kecenderungan politik dan agama.

“Interpol telah membatalkan notis amaran merah ke atas Zakir dan mengarahkan pejabat seluruh dunia memadam segala data mengenai Zakir.

“Termasuk alasan kecenderungan politik dan agama,” kata jurucakap Zakir kepada portal India berbahasa Inggeris, Times Now.

“Interpol menegaskan terdapat kekurangan bukti, kegagalan pihak berkuasa India untuk menuruti proses perundagan, kecenderungan politik dan agama selain kurang kepentingan antarabangsa.”

Menerusi mesej video, Zakir mengalu-alukan keputusan Interpol itu dengan berkata: " Saya berasa lega, tetapi akan lebih lega sekiranya kerajaan dan agensi India beri saya keadilan dan membersihkan nama saya atas semua dakwaan."

Sebelum ini peguam Zakir, Shaharudin Ali berkata tidak menerima sebarang permintaan dari India untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, berdasarkan surat dari Jabatan Peguam Negara (JPN).

Menurut Shaharuddin, surat JPN itu mengesahkan tiada sebarang arahan diterima dari kerajaan India mengenai ekstradisi Zakir yang memiliki status penduduk tetap di negara ini.

Manakala jurucakap Kementerian Luar India, Ravessh Kumar dalam reaksinya terhadap pembatalan tangkap Zakir berkata, mereka perlu melalui proses undang-undang dalam negeri terlebih dahulu bagi proses ekstradisi dari negara lain.

Beliau berkata pihak sudah hampir menyelesaikan proses tersebut dan akan membuat permohononan rasmi kepada kerajaan Malaysia.

“Kita hampir menyelesaikan proses perundangan dalam negara dan apabila ia selesai kami akan buat permohonan rasmi kepada kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut.”

Dalam rayuannya kepada Interpol, Zakir didakwa menulis bahawa agensi di India menyasarkannya secara tidak adil, hanya kerana dia beragama Islam, dan berkata semua ucapannya hanya menganjurkan keamanan dan dia menafikan terbabit mempromosikan keganasan atau jihad.

Zakir berkata dia menyampaikan ceramah Islam sejak 25 tahun lalu di beberapa negara, di mana dia dihormati dan dialu-alukan.

Katanya, agensi India melanggar hak kebebasannya untuk bersuara dengan mengharamkan NGO Islamic Research Foundation (IRF) yang diasaskan dan menghalangnya berceramah mengenai Islam.

Pada 8 November, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Zakir akan dihantar pulang jika kerajaan India memohon ekstradisi.

Katanya, Zakir juga tidak melanggar undang-undang atau melakukan kesalahan di Malaysia.
-themalaysianinsight

Mengejutkan!!! Pendedahan Burke’s Peerage Ratu England keturunan Nabi Muhammad?

FMT Reporters

PETALING JAYA: Salah satu yayasan kajian salasilah terkemuka dunia, Burke’s Peerage, mendedahkan bagaimana ratu England, Ratu Elizabeth, adalah keturunan Nabi Muhammad, menurut portal Step Feed yang melaporkan berita dunia Arab.

Kajian yang diterbitkan pada 1986 oleh Burke’s Peerage itu berkata Elizabeth yang kimo berusia 91 tahun itu adalah cicit Nabi Muhammad yang ke-43.

“Ianya tidak diketahui ramai warga Britain yang ratu mereka berketurunan Muhammad. Bagaimanapun, semua pemimpin Islam bangga dengan fakta ini,” kata bekas pengarah penerbitan yayasan itu, Harold Brooks-Baker.

Menurut Step Feed, bekas pengarah penerbitan itu juga menjelaskan bagaimana pertalian darah antara kerabat raja Britain dan Nabi Muhammad terjadi dalam terbitan kajian itu.

“Kerabat raja Britain berketurunan Nabi Muhammad melalui raja-raja Arab dari Seville yang dahulunya pernah memerintah Sepanyol. Menerusi perkahwinan, pertalian darah itu dibawa kepada raja-raja Eropah di Portugal dan Castile dan menerusi mereka, pertalian itu sampai kepada Raja Edward Ke-4 pada kurun ke-15 di England,” katanya.

Abu Al-Qasim Muhammad bin Abbad dari Kerajaan Khalifah Umaiyah yang juga keturunan Nabi Muhammad, adalah pemerintah Islam pertama di Kota Seville, Sepanyol sehinggalah kematiannya pada 1042. Beliau membentuk dinasti Abbasiyah yang bertahan dari 1023 sehingga 1091.

Cucu lelaki Al-Qasim, Muhammad Al-Mu’tamid, memerintah Kordoba di Sepanyol pada 1071 dan diturunkan takhta pada 1091 oleh Almoravid dari Maghribi.

Menurut Harold, Selepas kejatuhan dinasti itu, anak perempuan Al-Qasim, Zaida, mengahwini Raja Alfonso Ke-6 iaitu raja Sepanyol yang memerintah Leon dan Castile. Zaida kemudiannya bertukar menjadi penganut Roman Katolik.

Tambahnya, 2 kurun kemudian, Maria de Padilla yang berketurunan King Alfonso Ke-6 dan Zaida, menimang 4 orang anak dengan Raja Peter dari Castile, yang mana 2 daripada anaknya berkahwin dengan anak-anak lelaki Raja Edward Ke-3 dari England.

Isteri Sir Edmund dari Langley yang juga Adipati Pertama York, Isabella dari Castile, melahirkan Richard dari Conisburgh yang menjadi Earl di Cambridge.

Richard kemudiannya mempunyai anak yang menjadi adipati di York, Richard Plantagenet yang meninggal dunia pada usia 49 tahun. Beliau adalah bapa kepada raja England yang memerintah dari 1547 sehingga 1553 iaitu Raja Edward Ke-4, jelas Harold dalam terbitan kajian itu.