"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar YDP Agong, PM tidak dibenarkan pamer di premis kerajaan Kelantan?

MALAYSIADATELINE
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi tabik hormat sambil diiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur "mppada 30 Januari lalu.-Berita Harian.

Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengeluarkan arahan hanya beberapa keping gambar dibenarkan digantung di pejaabat agensi negeri itu kecuali gambar Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri Malaysia.

Menerusi surat perkeliling dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Adnan Hussin itu menyenaraikan empat gambar yang dibenarkan digantung pada setiap presmis kerajaan di negeri itu.

Gambar-gambar rasmi yang dibenarkan digantung disemua pejabat kerajaan itu adalah seperti berikut:

i) Gambar ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan V
ii) Gambar yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
iii) Gambar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Sultan Yahya
iv) Gambar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan

Menurut surat perkeliling itu lagi, hanya gambar=gambar sebagaimana di atas itu boleh dipamerkan disemua pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan di Kelantan manakala gambar-gambar selain itu adalah dilarang sama sekali.

Surat perkeliling itu dikeluarkan pada 1 April 2019 yang ditujukan kepada semua Ketua Jabatan Negeri, Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan semua pihak Pengurusan Swasta dan NGO Negeri.

Tak terperanjat kalau Hadi cakap, kata Hanipa

Shakira Buang

Tidak ada apa yang perlu dihairankan apabila Abdul Hadi Awang menyamakan pihak yang mengkritik kerjasama dijalin PAS dan Umo seperti "orang Yahudi" kata seorang timbalan menteri.

Menurut Hanipa Maidin jika kenyataan seumpama itu keluar dari mulut Abdul Hadi, ia bukanlah perkara baru.

"Apa saja (kenyataan) yang datang dari PAS, daripada Presiden PAS, ia bukan benda baru dan tidak ada apa yang kena terperanjat," katanya kepada media semasa ditemui di lobi parlimen hari ini.

Hanipa berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan dibuat Abdul Hadi yang dilapor menyamakan pihak yang membantah kerjasama partinya dan Umno dengan "Yahudi".

Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan negara.

Hadi dilapor berkata demikian dalam program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam tadi.

“Lepas itu bila Umno-PAS hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain. Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu masa zaman nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu, biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor TMI hari ini.

Lebih banyak lepas ini

Menurut Hanipa, beliau sendiri langsung tidak terperanjat kenyataan sebegitu dibuat Abdul Hadi.

Malah katanya sebelum ini pun presiden PAS berkenaan mendakwa seseorang itu dibenarkan berbohong semasa mempertahankan tindakan anggota parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengaku tidak bercakap benar.

“Jadi, saya tak teperanjatlah, kalau PAS, saya tak terperanjat langsung. Yahudi, bohong boleh, semua itu,” katanya.

Menurut timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada setiap hari akan ada saja 'fatwa' bari dikeluarkan PAS.

Justeru, katanya, pada suatu ketika dulu beliau pernah menyindir PAS dengan menggelarkan pertubuhan terbabit sebagai parti suci.

Alasannya, kata Hanipa, PAS beranggapan hanya mereka saja yang layak bercakap tentang isu Islam.

“Dan akan lebih banyak lagi kenyataan seperti itu selepas ini,” katanya yang juga anggota parlimen Sepang.
Dua hari menjelang perbicaraan mahkamahnya, bekas perdana menteri Najib Razak diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar RM1.5 bilion.

The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh 2011-2017 itu merupakan jumlah lain dari cukain pendapatan yang sudah dibayar ahli parlimen Pekan itu selama tujuh tahun.

Sumber yang dipetik laporan itu berkata Najib sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan melalui surat yang dihantar LHDN kira-kira seminggu lalu.

Menurut sumber, siasatan LHDN mendapati Najib belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, termasuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum ini yang didakwa berpunca dari 1MDB.

Najib bertegas bahawa RM2.6 bilion itu adalah dari derma keluarga diraja Arab Saudi.

Pakar cukai dipetik berkata, tanpa perlu mengambil kira sama ada wang berkenaan dicuri atau derma, ia masih dianggap boleh dikenakan cukai, dan adalah kesalahan untuk tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.

"Jika pendapatan itu dari hasil haram, terpulang kepada agensi seperti polis atau SPRM untuk siasat jika berlaku jenayah.

"LHDN hanya menguruskan soal cukai pendapatan," katanya dipetik sebagai berkata.

Najib kini berdepan 42 tuduhan jenayah. Daripada jumlah itu, 10 tuduhan berhubung SRC International, bekas syarikat subsidiari 1MDB.

Tuduhan itu termasuklah tiga dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta, pecah amanah, dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 8 Feb lalu, pihak pendakwaan menambah tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib melibatkan dana RM47 juga yang didakwa diterimanya pada 8 Julai 2014.

Najib juga akan berdepan dakwaan berhubung 1MDB pertengahan bulan depan.
-malaysiakini