"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kluster mahkamah’ diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling

AYHAN FERHAT

‘Kluster mahkamah’ diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling. Shahbaz Sharif yang telah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan yang baru sedang berdepan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan setelah usul undi tidak percaya berjaya dilaksanakan ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Mahkamah khas di Lahore pada hari Isnin melanjutkan jaminan interim yang diberikan kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif dan anaknya, Pemimpin Pembangkang dalam Perhimpunan Punjab, Hamza Shehbaz, dalam satu kes pengubahan wang dan menangguhkan perbicaraan sehingga 27 April ini.

Semasa Hamza berada di mahkamah, peguam Shehbaz memfailkan permohonan meminta anak guamnya dikecualikan daripada hadir ke mahkamah kerana pemilihan perdana menteri baharu di Dewan Negara (NA) hari ini.

'Kluster mahkamah' diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling

Imran Khan digulingkan selepas tewas dalam usul undi tidak percaya

Bagaimanapun, pasukan pendakwa Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) tidak muncul.

Dalam pada itu, New India Express melaporkan pegawai tertinggi agensi penyiasat Pakistan yang sedang menyiasat pertuduhan pengubahan wang haram PKR 14 bilion terhadap beliau telah bercuti untuk tempoh yang tidak dipastikan selepas Imran Khan diguling dalam usul undi tidak percaya.

Permohonan ketua Agensi Siasatan Persekutuan Lahore Mohammad Rizwan untuk bercuti berkuat kuasa 11 April 2022, dan seterusnya, telah diterima.

Keputusan Rizwan dibuat sehari sebelum Shehbaz dan anaknya Hamza dihadapkan ke mahkamah khas untuk dakwaan pada Isnin lalu.

Mahkamah khas (Pusat-I) FIA pada 4 April telah memanggil Shehbaz dan Hamza pada Isnin (11 April) untuk mendakwa pasangan bapa dan anak itu dalam kes pengubahan wang haram Rs 14 bilion.

Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz berkemungkinan mendapatkan pengecualian kerana beliau akan bertanding jawatan perdana menteri di Parlimen pada hari yang sama. 

Shehbaz memfailkan kertas pencalonan untuk slot perdana menteri pada Ahad.

Daripada Tehreek-i-Insaf (PTI) Pakistan pimpinan Imran Khan, bekas menteri luar negeri Shah Mahmood Qureshi adalah calon untuk jawatan itu.

Pegawai FIA Rizwan dilaporkan berkata bahawa dia telah bercuti dengan menjangkakan akan dipindahkan ke tempat tertentu.

Rizwan dikatakan dilantik oleh Shehzad Akbar iaitu bekas penasihat akauntabiliti kepada perdana menteri, untuk bersungguh-sungguh meneruskan kes terhadap Shehbaz dan ahli keluarganya.

Kemudian Imran Khan memecat Akbar kerana gagal membuat Shehbaz disabitkan kesalahan dalam kes pengubahan wang haram.

Sejak akhir-akhir ini, Imran Khan menganggap Shehbaz sebagai ancaman kepada kuasanya dan ingin melihatnya di penjara.

Adun Kelantan kena 'scam' hampir RM85,000

Nor Fazlina Abdul Rahim

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini mengalami kerugian RM84,529 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kelmarin.

Mangsa berusia 50-an hanya menyedari ditipu pagi semalam sebaik hadir ke Bank Islam dan Bank Muamalat untuk menyemak baki akaun selain membuat kad bank yang baharu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa sebelum itu dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki.

Menurutnya, suspek mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sambil memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM52,900.

Katanya, ia membabitkan cukai terkumpul disebabkan kemasukan wang tunai RM200,000 kepada akaun syarikat didakwa milik mangsa, namun perkara itu dinafikan oleh Adun terbabit.

"Susulan itu, suspek menyuruh mangsa membuat laporan polis sebelum talian disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

"Adun berkenaan kemudian diminta mengesahkan segala pemindahan wang terbabit adalah tidak benar sebelum talian disambung kepada seorang wanita kononnya pegawai dari JSJK Melaka bergelar Datuk.

"Ketika perbualan berlangsung, mangsa diminta membuat pengesahan akaun miliknya dengan mengisi pautan Bank Negara yang diberikan melalui WhatsApp," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, pada 10.30 pagi semalam, mangsa hadir ke Bank Islam, di sini ,untuk menyemak baki akaun dan membuat kad bank baharu sebelum dimaklumkan baki akaun bank miliknya berkurangan sebanyak RM71,480.

"Mangsa kemudian ke Bank Muamalat untuk membuat kad bank yang baru dan dimaklumkan baki akaun bank miliknya berkurangan sebanyak RM13,049 menerusi dua transaksi pengeluaran.

"Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa adalah sebanyak RM84,529 dan mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu tengah hari tadi," katanya.

Katanya, polis kini giat mengesan suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Selepas tular isu nasi beriani mahal, roti john hangus pula buat netizen tambah bengang

SITI NUR ZAWANI MISCON

Walaupun sudah lebih seminggu berpuasa dengan bermacam-macam aduan dibuat tentang makanan di bazar-bazar Ramadan, masih ada lagi peniaga yang dilihat tidak jujur ketika berniaga.

Bukan sahaja tidak jujur, bahkan tidak menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.

Baru-baru ini tular di Facebook tentang roti john hangus yang dibeli seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, di sebuah bazar Ramadan.

Dia mendakwa membeli roti john yang sudah siap dibungkus, namun terkejut apabila melihat roti john tersebut hangit dan hitam.

Bachik berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus.

“Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah siap dibungkus,” katanya sambil berkongsikan gambar berkenaan.

Gambar itu tersebar di media-media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan peniaga yang hanya memikirkan keuntungan.

Ada juga yang menyarankan pemuda berkenaan pulangkan semula roti john tersebut kepada peniaga terbabit.

Selepas tular isu nasi beriani mahal, roti John hangus pula buat netizen tambah bengang

Peniaga jual roti john hangus buat netizen bengang.

Walaupun sudah lebih seminggu berpuasa dengan bermacam-macam aduan dibuat tentang makanan di bazar-bazar Ramadan, masih ada lagi peniaga yang dilihat tidak jujur ketika berniaga.

Bukan sahaja tidak jujur, bahkan tidak menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.

Baru-baru ini tular di Facebook tentang roti john hangus yang dibeli seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, di sebuah bazar Ramadan.

Dia mendakwa membeli roti john yang sudah siap dibungkus, namun terkejut apabila melihat roti john tersebut hangit dan hitam.

Bachik berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus.

“Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah siap dibungkus,” katanya sambil berkongsikan gambar berkenaan.

Gambar itu tersebar di media-media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan peniaga yang hanya memikirkan keuntungan.

Ada juga yang menyarankan pemuda berkenaan pulangkan semula roti john tersebut kepada peniaga terbabit.