"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita tendang kemaluan kekasih di tempat awam (Gambar)


China: Seorang wanita bertindak menendang kemaluan teman lelakinya berulang kali di hadapan sebuah gerai buah-buahan di China.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan lelaki malang itu ditendang sebanyak 10 kali di bahagian alat sulitnya meskipun ketika itu telah terbaring di atas lantai.

Jelas laman itu, pergaduhan itu tercetus apabila wanita yang memakai baju berwarna merah jambu itu ‘merajuk’ dengan teman lelakinya yang enggan membeli buah untuknya kerana dirasakan harga buah tersebut terlalu mahal.

Video berdurasi satu minit itu telah tersebar di laman sosial negara itu termasuklah portal QQ.com dan telah ditonton sebanyak 16 juta kali.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu dirakam namun menurut seorang pengguna laman sesawang negara itu, difahamkan ianya dirakam di bandar Nanchang.

Malah tindakan brutal wanita itu terhadap teman lelakinya telah menarik perhatian pengguna laman Weibo yang telah memuat naik pelbagai komen setelah tersebarnya video tersebut.

Salah seorang netizen laman sosial berkata; ” Saya bersyukur kerana masih single.” Manakala seorang lagi menzahir turut sama rasa sakit saat menonton video berkenaan.
“Saya boleh merasakan kesakitannya dengan hanya menonton video ini,” tulisnya.

Dan seorang lagi berkata; “Wanita itu hanya minta buah-buahan sahaja bukannya tas tangan mahal,” luahnya.
-kualalumpurpost

Ini sebabnya kenapa Ramasamy bukan pengganti Guan Eng

Shamsher Singh Thind
Saya merujuk artikel bertajuk “Kenapa Guan Eng tak pilih Ramasamy?” yang diterbitkan FMT pada 7 November 2016.

Jelas sekali, penulis artikel itu tidak faham proses perlantikan ketua menteri di Pulau Pinang.

Menurut Perkara 7(2)(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik mana-mana ahli Dewan Undangan yang mungkin pada pandangannya mendapat kepercayaan majoriti ahli lain sebagai ketua menteri.

Tidak ada apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang atau undang-undang lain menyatakan timbalan ketua menteri akan dilantik secara automatik sebagai ketua menteri baru jika berlaku kekosongan.

Malah, Perkara 7(5) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan jika berlaku kekosongan dalam jawatan ketua menteri, semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), termasuk timbalan ketua menteri, hendaklah terhenti daripada jawatannya.

Ini bermakna, sekiranya Lim Guan Eng meletak jawatan atau hilang kelayakan di bawah Perkara 13(1)(e) perlembagaan negeri, iaitu selepas dijatuhkan hukuman salah dan dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan, maka P. Ramasamy dan ahli MMK yang lain turut akan hilang jawatannya dengan serta-merta.

Untuk memilih ketua menteri baharu, proses perlantikan di bawah Perkara 7(2)(a) perlembagaan negeri harus diulangi.

Semasa di Konvesyen Biasa DAP Pulau Pinang 2016, tindakan Lim “menamakan” Chow Kon Yeow sebagai bakal ketua menteri bukan bertujuan mengambil alih kuasa Yang di-Pertua Negeri. 

Sebaliknya, Lim cuma ingin mendapatkan restu awal daripada wakil parti yang hadir. Itu sahaja!

Sama ada Chow dilantik atau tidak sebagai ketua menteri yang baru, bergantung kepada sokongan yang akan diterima oleh Chow daripada adun lain, termasuk wakil rakyat parti lain.

Sekiranya penulis artikel itu masih tertanya-tanya kenapa Lim tidak “menamakan” Ramasamy sebagai ketua menteri baharu, maka jawapan yang mudah adalah Chow merupakan pengerusi DAP Pulau Pinang manakala Ramasamy ialah naib pengerusi.

Sebelum ini, majoriti adun memberikan sokongan kepada Lim untuk menjadi ketua menteri, dan bukan kepada Chow, atas persetujuan semua pihak dalam DAP.

Oleh itu, saya ingin menasihatkan penulis artikel tersebut membuat kajian dan rujukan sebelum membuat tuduhan palsu serta andaian yang tidak berasas.

Jangan sesekali lupa, Karpal Singh pernah menjawat pengerusi kebangsaan DAP dan beliau bukan berbangsa Cina!

* Shamsher Singh merupakan Setiausaha Publisiti DAP Taman Chai Leng

Kajian PRU14: BN bakal rampas S'gor, PAS paling rugi

BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut firma kajian Politweet.

Menurut simulasi PRU14 oleh firma kajian itu, BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013.

Keputusan tersebut diperolehi daripada 1,000 simulasi yang dijalankan oleh Politweet setelah mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah dan BN di Selangor, sentimen pengundi yang tidak berubah dan peratusan keluar mengundi yang sama seperti PRU13.

Laporan itu turut menekankan PAS mungkin menjadi pihak yang paling banyak rugi kerana berisiko hilang lapan DUN.

PAS kini menguasai 13 DUN di negeri berkenaan setelah dua daripada wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Persempadanan semula kawasan memberi kesan kepada peta pilihan raya dengan BN berkemungkinan dapat memperbaiki bilangan kerusi DUN miliknya di samping mengekalkan kerusi sedia ada," kata laporan itu seperti yang dipetik oleh Malay Mail Online, hari ini.

"Keuntungan BN datang dengan terkorbannya PKR dan PAS walaupun PAS mungkin mengalami kerugian paling besar. PAS dijangka kehilangan antara lima hingga lapan kerusi dan pertambahan dalam kerusi berisiko tinggi," ujarnya.

PAS mungkin akan menang hanya tujuh hingga 10 kerusi selepas persempadanan semula berbanding antara 11 dan 13 sebelum ini.

"Daripada tujuh kerusi minimum yang dijangka dimenangi oleh PAS, empat daripadanya adalah berisiko. Peralihan kepada BN di kerusi-kerusi yang dimiliki PAS mungkin menyaksikan PAS menang hanya tiga kerusi berbanding 15 DUN pada PRU13.

"Ini boleh memberi BN sejumlah 27 kerusi berpotensi untuk dimenangi dengan hanya memerlukan dua lagi kerusi berisiko dari PKR untuk merampas semula kerajaan negeri itu," tambah Politweet.
-malaysiakini