"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang maut, 51 lelaki dicekup dalam ‘pesta gay’ di hotel mewah

HARRITH HISHAM

KUALA LUMPUR – Seramai 51 lelaki dicekup polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral iaitu parti dadah dan pesta gay menerusi beberapa siri serbuan di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu negara, awal pagi semalam.

Operasi bermula sekitar pukul 2.35 hingga 5 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan itu dipercayai menjadikan bilik-bilik hotel mewah sebagai lokasi berhibur dan menyalahgunakan dadah serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil serbuan berjaya menahan seramai 51 individu terdiri daripada 23 lelaki tempatan serta 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun.

“Turut dirampas ialah cecair Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA seberat 284 gram, pil ekstasi seberat 8.56 gram, serbuk ekstasi seberat 8.7 gram serta ketamin seberat 11.61 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM103,070.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum serbuan dijalankan, polis mendapati seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti terbabit diusung di lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif.Air Botol

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Beliau menambah, kesemua suspek telah direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

JSJN tumpas parti dadah, pesta gay di hotel mewah, 51 lelaki ditahan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan kegiatan penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak bermoral menerusi serbuan di hotel mewah di ibu negara dan menahan 51 orang awal pagi semalam.

Operasi dijalankan antara jam 2.35 pagi hingga 5 pagi hasil risikan berkaitan penganjuran parti dadah dan pesta gay membabitkan lelaki tempatan serta warga asing.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi itu dijalankan bersama JSJN Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Menurutnya, empat siri serbuan dilakukan dan berjaya menahan 51 lelaki berusia antara 21 hingga 52 tahun.

"Daripada jumlah itu, 23 adalah lelaki tempatan manakala 28 lagi warga asing.

"Polis turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya cecair MDMA seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA (284 gram), pil ekstasi, serbuk ekstasi dan ketamin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM103,070.

Katanya, sebelum serbuan dilakukan, polis mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam parti berkenaan diusung keluar dari lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai menjadikan bilik hotel mewah sebagai lokasi berhibur dan menyalahgunakan dadah selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) akta sama dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

"Semua suspek direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya, semakan rekod jenayah lampau mendapati seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai satu rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Hussein, kejayaan operasi itu hasil risikan berterusan dijalankan pihak JSJN dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pengedaran dadah.

"Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah adalah kesalahan serius di sisi undang-undang," katanya.

Kepala parah dihentak, bapa didakwa bunuh bayi

Bernama

LABUAN: Lelaki berusia 37 tahun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh bayi perempuannya berusia dua bulan di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuda, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Azmi Amat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Melissa Chia Pui Fung.

Mengikut fakta kes, kejadian terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada Hospital Labuan kira-kira 2.40 pagi pada 9 Mei berhubung bayi perempuan berkenaan yang dibawa ke hospital kerana disyaki menjadi mangsa penderaan.

Bayi itu kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mengalami kecederaan serius di kepala akibat hentakan objek tumpul, selain beberapa patah tulang rusuk.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.