Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika latihan pemindahan kecemasan menggunakan bot, di sebuah pelantar minyak di kawasan luar pesisir Terengganu-Pahang, tengah hari tadi.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kesemua mangsa dipercayai berada dalam sebuah bot keselamatan, sebelum tali yang menyokong bot berkenaan tiba-tiba putus hingga menyebabkannya jatuh dari ketinggian kira-kira 12 kaki.
Seorang mangsa yang dilaporkan parah kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sementara itu, tiga lagi mangsa disahkan meninggal dunia, sebaik tiba di HSNZ.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tiada sebarang kenyataan rasmi dari syarikat perkapalan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan