"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serangan bom di landasan kereta api Pakistan korbankan 23 nyawa

Bernama-Anadolu
ANGGOTA keselamatan dan penduduk membantu menyelamatkan mangsa yang cedera selepas letupan menyasarkan sebuah kereta api. FOTO  Banaras Khan/AFP.
ANGGOTA keselamatan dan penduduk membantu menyelamatkan mangsa yang cedera selepas letupan menyasarkan sebuah kereta api. FOTO Banaras Khan/AFP.
Karachi: Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala 70 lagi cedera dalam serangan bom yang disyaki menyasarkan sebuah kereta api di barat daya Pakistan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Sumber polis berkata suspek pengebom bunuh diri dipercayai bertindak sendirian apabila merempuh kenderaan sarat bahan letupan ke arah sebuah kereta api yang membawa anggota tentera di Quetta, ibu negeri Balochistan.

Letupan berlaku di landasan kereta api ketika tren itu menuju ke kawasan kantonmen bandar berkenaan.

Pegawai berkata letupan itu cukup kuat sehingga kedengaran beberapa batu dari lokasi kejadian.

Mangsa termasuk orang awam, manakala beberapa rumah berhampiran landasan kereta api dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat letupan itu.

Tentera Pembebasan Balochistan (BLA), mengaku bertanggungjawab dalam satu kenyataan kepada media tempatan, dengan mendakwa seorang pengebom bunuh diri menyasarkan anggota tentera.

Insiden tembakan turut dilaporkan selepas letupan itu, sementara pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di beberapa hospital di Quetta.

Terdahulu, Babar Yousafzai, pembantu khas bagi jabatan dalam negeri wilayah itu, berkata pasukan keselamatan dan pasukan penyelamat telah tiba di lokasi kejadian ketika polis berusaha mengenal pasti punca letupan.

Balochistan, wilayah kaya dengan mineral dan laluan utama Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai berbilion dolar, berdepan keganasan militan yang dikaitkan dengan kumpulan pemisah.

Tiada ulasan: