"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir Masuk Semula UMNO Yakinkan Rakyat?

 

Keyakinan rakyat kepada UMNO dan kerajaan akan kembali kukuh sekiranya mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai UMNO, kata anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (foto). Ibrahim berkata Dr.Mahathir mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap suasana politik negara dan ia mampu menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin menurun sebelum ini. “Pengaruh Tun Mahathir bukan sahaja mampu menarik bangsa Melayu menyokong semula Umno tetapi turut memberikan keyakinan kepada bukan Melayu untuk menyokong kerajaan,” katanya selepas majlis pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun ke 59 Keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar di sini hari ini. Ibrahim mengulas pengumuman Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini akan menyertai semula UMNO pada satu tarikh sesuai. Katanya pengaruh Dr Mahathir itu bukan sahaja mempunyai erti yang sangat besar kepada rakyat negara ini tetapi juga turut diakui oleh masyarakat antarabangsa dan sebab itu UMNO perlu menerima pandangannya jika pemimpin itu kembali ke dalam UMNO.

[Nampaknya kemungkinan besar juga Ibrahim Ali turut akan masuk UMNO jika Mahathir berbuat demikian. Ini kerana di zaman Mahathir beliau dapat merasa jawatan menteri suatu ketika dulu. Lantaran itulah bila Anwar dipecat dari UMNO, beliaulah antara ahli MT yang lantang mengutuk Anwar ketika itu. Maka itulah juga kini beliau begitu bangga untuk mengutuk pembangkang biarpun menang di Pasir Mas atas tiket PAS. Apakah benar bila Mahathir masuk UMNO rakyat akan percaya kepada pemimpin mereka yang rasuah itu?. Walhal Mahathir kini sebenarnya sudah tidak lagi relevan dalam politik alaf baru]. 

 http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: