"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

P059 BUKIT GANTANG : Corat-coret Penamaan Calon P059 Bukit Gantang


   

Wanita Tionghua Berpantun Sokong Nizar

Seorang wanita Cina dengan lantangdan penuh semangat berpantun dalam perhimpunan pada hari penamaaan calon Ahad lepas sebagai sokongan kepada wakil Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Beliau dengan petah dan fasih menghafaz berpantun dalam Bahasa Malaysia yang mendapat tepukan gemuruh dari rakyat yang menyertai perhimpunan di perkarangan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping.

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Ekonomi negara dalam kegawatan 
Kerajaan Barisan buat tak tahu

Nampak hantu nampak jembalang
Jatuhkan kerajaan Perak siapakah dalang
Nampak hantu terus jatuh pengsan
Pergolakan politik di Perak dalangnya adalah Barisan

Pergi ke pasar di Bandar Pekan
Untuk membeli seutas rambutan
DAP,PAS dan Keadilan
Kita bersatu dalam Pakatan

Pergi ke pasar beli ubi kentang
Untuk masak dengan ikan sardin
Siapakah dia Panglima Bukit Gantang
Jawapannya adalah Ir Nizar Jamaluddin


Bekas Wanita Umno Rayu Kawan-kawan Insaf

Dalam kesempatan berucap, seorang bekas pemimpin Wanita Umno Pulau Pinang tidak dapat menahan perasaannya untuk merayu kawan-kawan seperjuangannya yang masih di dalam Umno segera berubah untuk merasai kenikmatan hidup dan rumah tangga bahagia 

saperti yang dialami kini. Menurutnya jika beliau masih di dalam Umno dahulu, banyak perkara yang dirasakan tidak kena dan perasaan tidak tenteram namun kini bila telah menyertai PAS hatinya bahagia dan tenang.

"Saya dahulu ketika aktif dalam Umno meskipun suami seorang ahli PAS,memang rasa tidak senang,namun selepas saya keluar Umno yang sudah tidak bermaya ini,saya rasa sangat bahagia dan tenteram," katanya.


Pemuda India Ingin Mengajar Ahli Umno Tentang Islam

Seorang pemuda India yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) berkata jika ahli Umno tidak tahu dan takut untuk menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS mereka sanggup mengajarnya.

"Saya seorang beragama Hindu boleh terima perjuangan Islam yang dibawa PAS tetapi saya hairan kenapa ahli-ahli Umno tidak dapat menerima perjuangan agama Islam sedangkan mereka mengaku beragama Islam.

"Kerana itu saya dan kawan-kawan boleh mengajar mereka dan memberi kuliah tentang Islam secara percuma sahaja," ucapnya yang mendapat sambutan dari khalayak dalam perhimpunan itu.


Juara Akademi Nasyid TV9 Ikut Serta

Himpunan rakyat terus bersemarak dengan lagu jihad Al-Amal dan laungan doa Wahdah yang dikepalai oleh Juara Akademi Nasyid TV 9, Azhan Atan yang datang dari Johor.

Azhan yang juga Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai berkata beliau akan berada di Bukit Gantang sehingga tamat pilihan raya kecil untuk membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat 7 April depan. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: