P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan. Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu. Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu. "Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya. Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan