"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peralihan Kuasa, Akhirnya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak Sah Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Pagi Ini


KUALA LUMPUR - Sah kini, akhirnya Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (foto) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenamselamat disempurnakan di Istana Negara tepat jam 10.10 pagi ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan,mencipta sejarah kerana mewarisi kepimpinan bapanya,Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua. Najib menyertai politik secara aktif selepas Tun Razak meninggal dunia. Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM. Majlis disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin itu berakhir sekitar jam 10.30 pagi tadiSelain anggota Kabinet dan jemputan khas, antara mereka yang hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pagi semalam,Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam. Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda.

Selepas upacara mengangkat sumpah Najib berakhir, majlis diteruskan dengan penganugerahan gelaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini. Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi. Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 hari ini. Biarpun terdapat berbagai tohmahan yang dilempar kepada beliau namun rezeki tetap ada untuk anakanda Tun Razak itu bergelar Perdana Menteri Malaysia yang baru. Kita amatlah berharap agar Najib Razak membuat satu perubahan kearah menyatu padukan semula rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kestabilan politik harus dipulihkan semula demi menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara ini. Kerajasama yang lebih erat harus dititikberatkan semula dan kita tidak mahu Najib menggunakan kuasa untuk terus mengekang parti lawan dengan berbagai tindakan yang drastik selepas ini].  

http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: