"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PO59 BUKIT GANTANG : Tohmahan Nizar calon boneka DAP disanggah

Johari Jaafar  

BUKIT GANTANG, 31 Mac (Hrkh) - Sambutan yang diberikan kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin sehingga kini amat mengkagumkan, di mana sahaja beliau mengadakan kunjungan, orang ramai menyambutnya dengan baik dan Nizar sendiri menunjukkan sikap yang cukup mesra dengan orang ramai.

Ini sekali gus mematikan hujah Umno/BN yang mengatakan Nizar adalah calon tajaan DAP kerana di mana sahaja beliau pergi, orang ramai akan menyambutnya dan sokongan yang diberikan kepada Nizar oleh semua pihak, jelas menunjukan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan ke atas diri sama sekali tidak benar.

Pengarah Operasi Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Asmuni Awi berkata demikian sewaktu sidang media hari ini di Markaz PAS Negeri di Air Kuning.

"Sokongan yang diberikan oleh semua pihak jelas menunjukkan tohmahan yang dilemparkan kepada Nizar sebagai calon yang menjadi boneka DAP itu tidak benar sama sekali," tegasnya.

Menurutnya lagi jika dilihat semasa hari penamaan calon baru-baru ini begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat membanjiri tempat penamaan calon itu berbanding penyokong Barisan Nasional.

"Sokongan yang ditunjukan semasa hari penamaan calon itu tidak terbatas daripada kalangan Melayu sahaja bahkan turut disertai kaum Cina dan India yang turut sama membawa sepanduk mereka bagi menyatakan sokongan kepada Nizar," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan BN melontarkan tohmahan bahawa Nizar menjadi boneka DAP merupakan satu pendekatan lama yang dikitar semula dalam keadaan calon mereka sukar untuk bergaul dengan rakayat.

Mengenai pendekatan yang digunapakai PAS sehingga kini, Asmuni menjelaskan PAS mengamakan pendekatan tiga M, iaitu, �Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan� hati para pengundi di mana dengan pendekatan itulah Pakatan Rakyat dapat memasuki beberapa kubu kuat BN itu dalam tempoh beberapa hari berkempen ini.

Beliau turut membidas BN yang telah menyalahgunakan jentera kerajaan di mana mereka menggunakan tentera, media secara seluas-luasnya dalam masa berkempen.

Tidak sekadar itu sahaja BN turut menyalahgunakan kuasa menekan pihak Pakatan Rakyat dengan tidak memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk muncul di kaca televisyen, radio dan sebagainya, katanya.

"Pakatan Rakyat yakin pengundi pengundi di Bukit Gantang sudang matang untuk membuat keputusan, mereka boleh menilai sendiri parti yang mana bersikap telus dan adil untuk menegakkan kebenaran," jelasnya.

Tiada ulasan: