"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenaikan Tariff Air: Selangor Mungkin Ambil Tindakan Undang- Undang


   

Kerajaan Negeri Selangor menimbang mengambil tindakan undang-undang jika Kerajaan Persekutuan masih berkeras membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terus beroperasi dan bersetuju menaikkan harga air sehingga 31 peratus.

Cadangan untuk kenaikan tariff air itu akan dikemukakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk diperinchi oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat minggunannya esok.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi pengguna daripada dibebankan dengan kenaikan harga air.

Malah, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal mencapai prestasi memberangsangkan sebagaimana dikehendaki mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession
Agreement - CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan dalam CA.

Syabas juga didapati melanggar syarat-syarat dalam CA.

Menurut Pejabat Menteri Besar,  kerajaan negeri telah membuat permohonan rasmi kepada Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi untuk membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.

Bagaimanapun, Menteri berkenaan enggan bertindak, sebaliknya telah menyatakan hasrat memberikan lesen kepada Syabas untuk menguruskan bekalan air di Selangor.

Kementerian berkenaan mendakwa hak bagi menentukan pihak mana harus menguruskan bekalan air di Selangor adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sebenarnya langkah untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi tidak dipenuhi oleh Syabas.

Kerajaan Selangor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor, menurut kenyataan itu.

Penjelasan penuh mengenai penstrukturan semula industri air Selangor boleh diperolehi dengan melayari melayari laman web www.airuntukrakyat.com  

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: