"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersama MB Nizar ..

addin77
Diharapkan artikel ini tidak terlewat untuk dikeluarkan. Kesuntukan masa membuatkan artikel ini lewat dipostingkan. Pada 10/10/2009 (Sabtu) baru-baru ini saya telah menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS Kawasan Tapah. Program tersebut diadakan di Dewan Bukit Pagar, Tapah. Majoriti kaum India dan Cina telah menghadiri program makan malam bermula jam 8.00 malam. Pelbagai aktiviti dijalankan diantaranya ialah, ucapan pimpinan, pemberian sumbangan dan sebagainya.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Besar Perak yang sah iaitu Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Sg. Siput Dr. P.Jayakumar, ADUN PAS Changkat Jong, pimpinan PAS Kawasan Tapah dan ramai lagi. Sebenarnya sebelum PRU Ke 12, saya sebagai pendokong PAS sendiri tidak pernah terlintas langsung bahawa kaum India dan Cina berani memberi sokongan secara terbuka kepada pejuangan PAS. Inilah kekuasaan ALLAH S.W.T yang boleh mengubah hati hambanya. Pelbagai propaganda perkauman yang dimainkan oleh UMNO tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman UMNO BN.

Saya sungguh terharu melihat dengan kehadiran ramai kaum India yang ramai memakai baju berlogokan PAS. Ucapan-ucapan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir makin membakar semangat mereka untuk terus kekal menyokong perjuangan PAS. Ahli-Ahli Kelab Penyokong PAS Kawasan Tapah sendiri sanggup tunggu sehingga ke penghujung majlis. Diharapkan program-program seperti dapat dianjurkan dari masa ke semasa bagi merapatkan hubungan dikalangan ahli PAS dan Kelab Penyokong PAS.

http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan: