"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN Menang Di Bagan Pinang / UBN Najib Altantuya

WALAUPUN keputusan rasmi pilihan raya Bagan Pinang akan diketahui menjelang jam 8:00 malam ini tetapi sudah sah Pas gagal memenangi pilihan raya berkenaan. Kegagalan Pas untuk mencatat rekod tanpa kalah dalam siri pilihan raya kecil di sepanjang tahun ini juga megejutkan kerana kekalahan ini paling teruk dari segi majoriti berbanding dengan kekalahan UBN dalam tujuh pilihan raya lalu.

Daripada sebanyak 11,157 pengundi atau kira-kira 81.65 peratus yang keluar hari ini, Pas hanya berjaya meraih sebanyak 2,578 undi, di mana jumlah ini berkurangan sebanyak 1,519 undi dicapai Pas dalam pilihan raya umum lalu. Dalam pilihan raya lalu Pas menerusi calonnya Ramli Ismail mendapat 4,097.

Majoriti undi UBN juga meningkat sebanyak 3,102 berbanding dengan majoriti dalam pilihan raya lalu, dimana UBN hanya meraih sebanyak 2,333 undi.

Tidak ada sesiapa mejangka UBN menerusi calonnya Mohd Isa mampu meraih undi sebanyak 8,013 di mana undi UBN meningkat sebanyak 1,583 undi berbanding pilihan raya umum lalu. Dalam pilihan raya lalu calon UBN Azman Mohd Nor mendapat 6,430.

Dua faktor paling jelas kenapa keputusan diluar dugaan ini berlaku kerana UBN berjaya mendapat hampir 100 peratus undi pos yang berjumlah 4,122. Faktor lain ialah kerana berlakunya swing daripada masyarakat India.

Sekiranya undi pos yang mulanya dianggarkan berkedudukan 40 : 60 menjadi kenyataan UBN hanya dikira menang dengan majoriti sekitar 2,500 atau 3,000 undi saja.
[*** 7:40 pm 11/10/09]

Ulasan diatas dipeti daripada blog http://msomelayu.blogspot.com/

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: