"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik balik

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 15 April:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman’.

Menurut Khalid, artikel itu terkandung di dalam keluaran ketiga akhbar berkenaan yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen.

Katanya, akhbar yang dipercayai diterbitkan oleh Umno/BN itu walaupun Umno menafikannya melaporkan Harussani berkata bahawa Khalid tidak beriman berhubung isu kalimah Allah, baru-baru ini.

Pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi, Khalid memberi tempoh tujuh hari kepada Harussani supaya menafikan atau menarik balik kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar berkenaan.

Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Mufti Perak itu enggan berbuat demikian dalam tempoh tersebut.

Tiada ulasan: