"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

P Kamalanathan Tiba, Bersongkok, Diiring TPM

Lagu 'Inilah Barisan Kita' menandakan kedatangan delegasi calon BN ke Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

P Kamalanathan yang memakai Umno - tanda yang sinonim dengan parti Umno - mengepalai perarakan penyokong-penyokong BN.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.25 pagi, diiringi 'heavyweight' Umno seperti Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Noh Omar dan Menteri Besar Melaka Tan Sri Ali Rustam.

Turut serta adalah Ketua Wanita Dr Shahrizat Jalil dan bekas Menteri Besar Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon.

Sementara itu di bahagian Pakatan Rakyat, seorang lelaki India dikasari pihak polis apabila beliau cuba mempertahankan Badrul Hisham Shaharin dari gangguan.

Wartawan kami di lapangan melaporkan polis dalam keadaan bersiap-siaga untuk memulakan operasi tangkapan, sehinggalah Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei menenangkan keadaan.

Ketumbukan unit anti-rusuhan turut dikerah untuk menghadapi 10,000 penyokong Pakatan Rakyat, bersedia menerima arahan bila-bila masa sahaja.

Sementara itu di dalam Dewan, calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim telah menyerahkan borang penamaan kira-kira jam 9.32 pagi tadi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: