"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skrip Beng Hock Sama Dengan Anwar

20 Ogos: Lebih sedekad lalu, kerajaan mencadangkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mencederakan dirinya sendiri selepas didapati beliau mengalami kesan luka dan lebam pada tubuh dalam tahanan polis.

Kali ini, skrip yang sama diulang di inkues kematian Teoh Beng Hock apabila peguam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata mendiang telah mencekik dirinya sendiri, dalam pengawasan pihak berkuasa.

Banyak pihak berkata cadangan Datuk Abdul Razak Musa itu amat melucukan. Bahkan ada pembayar cukai yang berasa malu wang mereka digunakan untuk menggaji peguam seperti itu.

Menyifatkan ianya sebagai satu ciptaan-ciptaan pihak yang cuba melindungi diri mereka sendiri dan bertujuan untuk membuktikan Teoh Beng Hock membunuh diri, masyarakat mula mempersoal kewujudan bukti-bukti baru tersebut sedangkan siasatan serta pemeriksaan awal tidak pula mengatakan beliau mencekik dirinya sendiri.

Selain dari itu tidak kurang juga komen yang mengatakan ia adalah idea lucu,bodoh dan tidak masuk akal dan jelas sekali memperlakukan seolah-olah rakyat Malaysia bodoh sehingga tidak boleh menilai kebenaran dari perkara tersebut.

Rentetan dari kronologi kes tersebut dan juga beberapa kes yang ‘unik’ itu Malaysia, terutamanya dalam bidang perundangan mungkin bakal mendapat soratan meluas dunia dengan label tertentu.

Tiada ulasan: