"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Pengarang Akhbar Nanban Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh

August 21, 2010: Ketua Pengarang harian Tamil Malaysia Nanban M.S. Maryanandy hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Maryanandy berkata beliau menerima panggilan ugutan itu daripada seorang pemuda India kira-kira pukul 9 malam tadi yang turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

“Orang itu bercakap dalam bahasa Tamil mengugut akan bunuh saya dan akan menyerang pejabat akhbar Tamil Malaysia Nanban jika terus menulis berita-berita mengenai masalah kaum India,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Maryanandy berkata pada malam semalam ketuanya Shafee Zaman Sikandar Batcha, yang merupakan pengarah akhbar itu, turut menerima panggilan ugutan yang sama melalui telefon bimbitnya 10 minit lebih awal daripada panggilan ugutan yang diterima beliau.

“Ugutan yang sama yang diterima oleh Shafee, di mana pemuda itu tidak bagi tulis sebarang berita (mengenai isu tersebut). Kalau tidak, dia akan serang kami dan kami akan dibunuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ASP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu, dan perkara itu akan disiasat.
-Bernama-

Tiada ulasan: