"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tertuduh 'bini puaka' diserah kepada SB

Pegawai penyiasat kes 'bini puaka' di Universiti Malaya (UM) berkata bahawa tertuduh Shazni Munir Mohd Ithnin, turut disoal siasat oleh polis cawangan khas (SB) sewaktu dalam tahanan reman.

Menurut Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam, Shazni Munir "disoalsiasat oleh SB untuk kes lain" selama setengah hari.

Menjawab soalah peguam tertuduh Mohd Razlan Jalaluddin mengapa Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam menyerahkannya kepada SB, beliau berkata: "Bukan serah, pegawai SB minta kebenaran, baru saya bagi.

"Dia (pegawai SB) datang kepada saya, minta kebenaran bukan untuk kes saya, (tapi) untuk kes lain," katanya bagi menjawab soalan peguam tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju bahawa tindakan tersebut adalah satu pelanggaran undang-undang, Mohd Najeeb berkata: "Tidak setuju".

'Tak kena mengena dengan kes saya'

Bagaimanapun sewaktu menjawab soalan balas timbalan pendakwaraya Aidatul Azura Zainal Abidin, mengapa beliau tidak bersetuju, Mohd Najeeb berkata:

"Yang ambil (tertuduh adalah) PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga. Bukan kes saya, tapi masih kes dengan khianat dengan api.

"Untuk kes SB sahaja.Tak ada kena mengena dengan kes saya," katanya.

Ditanya lanjut oleh Mohd Razlan sama ada beliau bersetuju Shazni Munir tidak pernah berada di tempat kejadian, Mohd Najeeb berkata: "Setuju".

Ditanya lanjut bahawa beliau pernah menemubual empat saksi iaitu rakan serumah Shazni Munir bahawa tertuduh berada di rumah pada jam 12.30 pagi hingga 8 pagi pada 24 Jun tahun lalu (hari kejadian), Mohd Najeeb berkata: "Setuju".

Selain Shazni Munir, turut dituduh ialah Mohd Syahruldeen, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Izzuddin Helmi Mohd Zaini.

Permaidani bakal dilalui Rosmah

Mereka didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Selain Mohd Razlan, pihak pembelaan diwakili dua peguam iaitu Mohd Arfizi Ramli dan Zulhasmi Sharif.

Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan perbicaraan akan bersambung semula pada 1 September ini.

Tiada ulasan: