"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TPM Perlu Henti Mengganggu Siasatan Polis

khairulfaizi
Assalamu’ alaikum dan salam perjuangan,

1. Isu penggunaan gambar Sultan Johor di dalam kain rentang yang kononnya diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor telah mendapat liputan yang cukup meluas sehinggakan pelbagai kenyataan telah dibuat pelbagai pihak.

Muka hadapan Sinar Harian menyiarkan berita tentang tindakan Polis yang telahpun melakukan penyiasatan terhadap 39 individu yang terdiri daripada mereka yang mempunyai mesin pencetak, ahli politik dan orang awan bagi membantu penyiasatan polis.

3. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Johor iaitu Datuk Mohd Mokhtar bin Shariff yang mahukan siasatan dilakukan di bawah Akta Hasutan.

4. Sembilan laporan polis telahpun dibuat oleh pelbagai pihak dan polis telahpun memulakan siasatan namun agak mengejutkan apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan meminta agar kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Johor memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berikutan tindakan mereka mengaitkan baginda dalam satu program politik di Batu Pahat baru-baru ini.

5. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Muhyiddin terlebih awal membuat keputusan sedangkan pihak polis masih lagi membuat penyiasatan dan Ketua Polis Johor menyatakan bahawa siasatan yang sedang dijalankan tidak boleh didedahkan.

6. Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri sepatutnya Muhyiddin tidak bertindak melulu menggesa mana-mana pihak memohon maaf sedangkan keADILan Johor telah pun menafikan bahawa mereka telah menaikkan kain rentang tersebut dan disusuli dengan laporan polis yang telah dibuat.

7. Muhyiddin perlu menunggu hasil siasatan polis sebelum melemparkan tuduhan seumpama ini kepada mana-mana pihak terutamanya kepada PR.

8. Saya juga menggesak agar pihak polis mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan mana-mana pihak yang telah mengganggu siasatan yang sedang dilakukan pada ketika ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

12 Ogos 2010 / 2 Ramadhan 1431

1 ulasan:

Abd Karim MJ berkata...

yerlah... bukanker mula2 klr isu ini terus jer tuduh UMCPO yang buat.. tup -tup tau sapa yang buat suruh jangan cmpur dulu plk... macammana ek ? kurang jelas lah macam mana ...