"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu Kugan Akhirnya Berjaya Hantar Petisyen Kepada Yang Di-Pertuan Agong

Kemelut serta hasrat hati seorang ibu akhirnya dipenuhi apabila keinginannya untuk menghantar petisyen berhubung dengan kematian anaknya Kugan kepada Yang Di-Pertuan Agong tercapai.

Percubaanya yang untuk kali ketiga ini adalah demi mendapatkan keadilan bagi anaknya yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis.

Kugan yang ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta, meninggal dunia lima hari kemudiannya.

Mendiang meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam dan menyebabkan keluarganya yang tidak berpuas hati menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Terdahulu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis itu sebagai kes bunuh.

Tiada ulasan: