"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukang Masak Osama Dipenjara 14 Tahun

Tribunal tentera Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke bekas tukang masak, yang juga kadangkala pemandu, kepada ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden, semalam.

Bagaimanapun warga Sudan itu, Ibrahim al Qosi, kemungkinan hanya perlu menghabiskan tempoh yang singkat di penjara ekoran perjanjian pengakuan yang dibuat.

Kandungan perjanjian itu masih kekal rahsia.

Ibrahim mengaku bersalah bulan lalu ketika dihadapkan di mahkamah jenayah perang di Teluk Guantanamo.

Dia berhadapan dengan tuduhan bersubahat dengan rangkaian Al-Qaeda dan menyediakan sokongan kepada kumpulan pengganas.
-Reuters-

Tiada ulasan: