"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar cadang Saiful bersumpah di masjid sekali lagi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Ogos:
Mohd Saiful Bukhari Azlan dicadangkan supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk membersihkan namanya dengan bersumpah sekali lagi di masjid ekoran tuduhan hubungannya dengan seorang timbalan pendakwaraya Farah Azlina Latif.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam laman twitternya berkata, "Bulan Ramadhan lebih baik bagi Saiful bersumpah seperti mana pernah dibuatnya dalam masjid dulu perihal penafian hubungannya dengan DPP Farrah Azlina."

Cadangan Nizar itu dipercayai dibuat ekoran dakwaan Saiful mempunyai hubungan romantis dengan salah seorang anggota pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farah Azlina.

Ekoran dakwaan itu, Peguam Negara telah menggugurkan Farah dari pasukan itu dan dikeluarkan juga dari bahagiannya sekarang.

(Gambar fail: Saiful kanan sekali bersama pasukan pendakwa. Farah adalah tiga dari kiri)

Dakwaan ini bermula apabila blogger Raja Petra Kamarudin menulis dalam blognya, Saiful mempunyai hubungan dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa ke liwat II Anwar itu.

Saiful dan Farah dikatakan masing-masing telah bertunang sebelum ini namun kedua-duanya sudah putus dengan tunang masing-masing.

Namun, serius manakah hubungan antara kedua-duanya tidak diketahui kerana usaha pasukan pembela Anwar untuk membawa kedua-dua ke kandang saksi ditolak oleh hakim perbicaraan.

Sebelum itu, peguam Anwar, Karpal Singh memohon agar kes terhadap Anwar ini digugurkan kerana telah berlaku salah kepentingan dalam kes ini ekoran hubungan antara Saiful dan DPP itu.

Anwar mahu membatalkan pertuduhan itu atas alasan bahawa integriti dan tidak memihak terhadap keseluruhan pasukan pendakwaan yang telah dipersetujui berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu

Bagaimanapun, Karpal berkata pihak pembelaan hendaklah mendengar kedua-dua keterangan daripada Mohd Saiful Bukhari dan Farah Azlina sebelum meneruskan permohonan itu.

Karpal berkata adalah penting kedua-dua Saiful dan Farah disoal sebagai saksi memandangkan keterangan mereka adalah “penting” dan dakwaan hubungan ‘sulit’ boleh menjejaskan keseluruhan perbicaraan kes liwat.

Di peringkat awal kes ini, Saiful telah membuat sumpah di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengaku bahawa beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar.

Mungkin ekoran sumpah itulah, hari ini Nizar, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu mencadangkan agar Saiful bersumpah sekali lagi untuk mengesah atau menafikan dakwaan terhadap beliau itu.

Namun, sehingga kini, respon dari Saiful adalah keyakinan beliau, akhirnya keadilan akan terdedah jua.

Tiada ulasan: