"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

I'DA WORLD ini cakap besar atau tidak?

antihadhari92






Penulis terkejut dengan isu pemberian derma 4 billion kepada Pas Kelantan. Penulis tahu cerita ini hanyalah setelah di"spin" oleh para blogger UMNO. Terkejut juga, betapa ada syarikat yang sangat bermurah hati untuk menderma wang dalam jumlah yang tersangat-sangat banyak. 

4 billion bukan sedikit, bersamaan 4 ribu juta! Hatta 1 juta sudahkan banyak,inikan pula 4 ribu juta.Kalau ini benar-benar berlaku, penulis kira inilah antara jumlah derma tertinggi yang pernah diberikan di dunia. Penulis tidak pernah dengar nama syarikat ini sebelumnya.Namanya Ida seperti nama seorang perempuan.

Syarikat ini juga berkata mereka kini mempunyai lebih kurang AS$ 2 trillion.Malah,syarikat ini akan membangunkan empat negeri,Kelantan,Perlis,Kedah dan Perak dengan jumlah terkumpul hampir satu trillion.1 trillion bersamaan 1000000000000,ada 12 butir kosong di belakangnya.Bagi melihat kebenaran kata syarikat tersebut,penulis mencuba untuk meng"google" senarai syarikat terkaya di Malaysia dan inilah hasil cariaannya:





Salah satu cara untuk mengukur saiz syarikat tertentu dengan melihat nilai modal pasaran. Kapitalisasi pasaran atau modal pasaran diperolehi dengan mengalikan harga saham dengan jumlah saham yang beredar dari sebuah syarikat awam. Dalam istilah awam, nilai pasaran tutup mewakili peringkat's penilaian orang-orang di syarikat berharga dan dianggap sebagai elemen penting ketika mengadar saham harga. Berikut ini adalah senarai 10 syarikat terbesar Malaysia diukur berdasarkan modal pasaran, berdasarkan pada harga pasaran saham terkini pada hari terakhir tahun 2009, 31 Disember.

1. Sime Darby (RM53.9 billion)

2. Maybank (RM48.6 billion)

3. CIMB (RM46 billion)

4. Maxis (RM40.3 billion)

5. Public Bank (RM39.9 billion)

6. IOI Corp (RM36.5 billion)

7. Tenaga Nasional (RM36.5 billion)

8. MISC (RM31.3 billion)

9. Genting (RM27.2 billion)

10. Axiata (RM25.8 billion)

sumber:http://skorcareer.com.my/blog/10-largest-malaysian-companies/2010/01/20/

erdasarkan 10 syarikat di atas,penulis cuba mencari perkataan I'da,namun tidak dijumpai.Hendak dikatakan syarikat asing,tidak.Syarikat dengan modal berbayar 1 juta ini adalah syarikat bumiputera.Penulis rasa,Sime Darby patut malu pada I'da kerana aset Sime Darby cumalah 53.9 billion sedangkan I'da akan membangunkan projek di Seri Tujuh bernilai 300 billion.Seterusnya,penulis juga pelik,kenapa senarai syarikat terkaya di Malaysia ini tidak melabur di Bursa Kuala Lumpur?Selain itu juga,setelah melihat laman web unit perancang ekonomi,penulis mendapat maklumat bahawa jumlah keseluruhan projek dalam RMK9 hanyalah dalam sekitar 15 billion.Mengapa syarikat ini tidak menderma kepada kerajaan Malaysia untuk membangunkan projek?Mungkin akan mendapat perlepasan cukai selepas ini.

Penulis bukan berniat hendak memburukkan reputasi syarikat ini.Kalaulah benar seperti yang dikatakan tentang hasrat syarikat ini,penulis akan menjadi penyokong utama kepada usaha murni ini.Bayangkanlah betapa syarikat ini mahu membina lebuhraya yang selesa ke Kelantan dengan menebuk banjaran Titiwangsa,membangunkan Kelantan yang dipinggirkan,membina saluran minyak,membina kereta api berkembar selain membina pelabuhan di Tumpat.Kalau benar,teramatlah terima kasih kepada syarikat tersebut.Akan tetapi,apabila kerajaan sendiri menafikannya,maka penulis rasa ada satu yang tidak kena di sini.Adakah benar projek di Seri Tujuh itu telah diluluskan atau belum?Kalau benar projek telah diluluskan,samanlah kerajaan Kelantan yang telah menafikannya.Penulis bukan mahu menjadikannya isu,akan tetapi apabila hal ini telah menjadi polemik dan isu,kita mahu lihat mana pihak bercakap benar dan mana pihak yang berbohong.Atau mungkin Berita Harian yang telah memusing cerita?

Oleh itu,penulis rasa I'da perlu menjawab kenapa tiada wakil rasmi Pas Kelantan dalam sumbangan wang yang sangat besar itu?Rakyat ingin tahu dan sedang lihat.

berita asal 

RM4b bukan balas jasa dapat projek

2010/09/21KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini. 

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu. 

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit. 

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan. 

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion. 

Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion. 

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa. -beritaharian

Setelah ada yang musykil,
tentang sebuah korporat.

 baca lagi di  http://propartiislammalaysia.blogspot.com/

Tiada ulasan: