"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk

Penyelaras Pakatan Rakyat hari ini menafikan menggelar timbalan presiden PKR Syed Husin Ali sebagai nyanyuk, seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today semalam.

Sebaliknya, menurut Zaid, perkataan yang digunakannya adalah "nyanyu", lapor portal itu dalam penjelasannya hari ini.

"Saya bercakap dengan wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan dengan kereta.

"Mungkin wartawan itu salah dengar; tetapi apa yang saya kata, beliau (Syed Husin) mungkin sudah 'nyanyu' dan mungkin lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan dalam wawancara dengan Merdeka Review," beliau dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak gelar beliau nyayuk."

Dalam bahasa Melayu, nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Manakala nyanyu pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

Zaid, yang bertanding jawatan nombor dua dalam PKR diselar pelbagai pihak, termasuk pesaingnya Naib Presiden Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversi tentang Syed Husin itu.

Tiada ulasan: