"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak lima tahun maut tersepit di kaki meja lipat

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.50 petang ketika kanak-kanak itu Muhammad Irfan sedang bermain bersendirian di belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bapanya, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, anak keduanya itu daripada tiga beradik adalah kanak-kanak yang sangat aktif.

Kami hanya menyedari kejadian itu pada 6 petang lalu menghantarnya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Muhammad Irfan ada menjerit ketika kejadian tetapi ahli keluarga yang lain menganggapnya gurauan kerana dia selalu bermain dan suka menjerit dan itu satu perkara biasa" katanya.

Katanya kejadian hanya disedari selepas 10 minit berlalu dan ketika itu badan anaknya itu sudah kebiru-biruan akibat tidak boleh bernafas.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Irfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir.

Tiada ulasan: