"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang lagi Anak Melayu dibunuh kejam

amkns

Dari Blog Singalautmetro-Seorang lagi dipercayai keturunan Melayu, bernama Borhan Sulong, 20-an menjadi mangsa pembunuhan kumpulan gengster. Kali ini tujuh lelaki ditahan di beberapa tempat di Klang, Batu Caves dan Selayang bagi membantu siasatan pembunuhan kejam itu.

Mayat Borhan ditemui dalam guni ditinggalkan di tepi jalan di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Gombak. Tubuh mangsa mempunyai banyak kesan tetakan terutama di muka, kepala, badan dan lengan dipercayai menggunakan parang oleh penyerangnya. 

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain dan dibuang di tempat ia ditemui oleh seorang kontraktor pembuangan sampah. Ketua Polis Derah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan penahanan tujuh lelaki berkenaan yang dilakukan dalam beberapa serbuan bermula kelmarin sehingga malam semalam.  

Beliau juga berkata, ketujuh-tujuh lelaki yang ditahan itu adalah kumpulan penjenayah yang turut terbabit dalam kes samun sebuah lori kargo di depan sebuah stsyen minyak Shell di MRR2, dua hari lalu.

7 lelaki diberkas
Harian Metro 23 Sep 2010
GOMBAK: Misteri pembunuh kejam seorang lelaki yang disumbat di dalam guni sebelum mayatnya dicampak ke tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini, terbongkar selepas polis memberkas tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia kerana disyaki membunuh mangsa terbabit. 

Suspek dipercayai anggota kumpulan gengster membunuh mangsa beramai-ramai menggunakan parang sebelum mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah pada 30 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Selayang, Subang Jaya dan Klang bermula jam 11.45 malam kelmarin sehingga 6 pagi semalam. 

“Hasil siasatan lanjut, semua suspek mengaku membunuh mangsa dan seorang daripada mereka membawa polis ke tempat mangsa dibunuh. “Suspek sama turut menunjukkan tempat mereka membuang dua parang yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya. 

Beliau berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditangkap di sebuah pangsapuri di Jalan A/2D, Taman Seri Murni, Selayang, Batu Caves, pada pukul 11.45 malam kelmarin. Pada pukul 12.30 tengah malam pula, katanya, seorang lagi suspek berusia 40 tahun diberkas di sebuah rumah di Taman Selayang Bahagia, Batu Caves.

“Susulan itu, kami memberkas lima lagi suspek. Antaranya ialah suspek berusia 23 tahun di Taman Selayang Jaya pada pukul 1.45 pagi semalam. “Ia diikuti tangkapan seorang lagi suspek berusia 24 tahun di Plaza Tol Seafield, USJ5, Subang Jaya, pada pukul 5.30 pagi dan rakannya berusia 23 tahun di sebuah rumah di Jalan Yusuh Shahbudin Off Jalan Raja, Taman Sentosa, Klang, pada pukul 6 pagi,” katanya. 

Beliau berkata, hasil siasatan, semua suspek yang menganggotai satu kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang lelaki, Borhan Sulong, 20-an yang dibunuh dengan kejam di Taman Perindustrian Ehsan Jaya. 



Selain itu, katanya, suspek sama juga dipercayai terbabit kes samun sebuah lori kargo di stesen minyak Shell di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada Rabu lalu. Pada 30 Ogos lalu, seorang kontraktor sampah berasa curiga lalu menghubungi polis apabila menemui satu guni yang kelihatan seperti berisi mayat ketika memeriksa sampah Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini. Polis yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki dibunuh kejam dengan kesan tetakan di kepala, muka, badan dan lengan. 



Siasatan mendapati mayat yang masih berpakaian lengkap kemeja-T dan seluar panjang itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ. Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan, seorang suspek turut membawa polis ke sebuah kawasan semak di belakang Blok F, Pangsapuri Intan Baiduri, yang membawa kepada penemuan dua parang yang masih mempunyai kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu./hmetro

Tiada ulasan: