"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terima kasih Perkasa - Nurul Izzah

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 Sept: "Terima kasih Perkasa balas jemputan saya dengan membuat laporan polis," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai reaksi awal selepas dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis hari ini.
Beliau dipanggil ekoran laporan yang dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung kenyataan media mengenai jemputan beliau untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu.

Dua pertubuhan tersebut pada 2 September lalu yang mendakwa beliau mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Nurul Izzah hadir di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 12.30 tengahari hari ini ditemani peguam Latheefa Koya yang juga Ketua Penerangan PKR.

Sebelum ini beliau menjemput Perkasa untuk berdebat mengenai isu kedudukan istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul The ultimate Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja? yang disiarkan di web Themalaysianinsider.

Perkasa bagaimanapun menolak cabaran debat tersebut danmembalasnya dengan membuat laporan polis.

Tiada ulasan: