"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kesihatan Menteri Besar bertambah baik

Sarina Ismail
ALOR SETAR, 2 Ogos 2011: Keadaan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas setelah dinasihatkan doktor untuk berehat.


Menurut Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, YB Dr. Ismail Salleh, keadaan Azizan bertambah baik sejak semalam dan mampu berbual dengan tetamu.“Beliau membuat rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan susulan di IJN.

“Beliau menjalani prosedur angiogram dan dimasukkan ke wad untuk pemantauan berterusan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kemungkinan Azizan akan berehat daripada aktiviti rasmi kerajaan negeri antara satu dan dua minggu dan buat masa ini, semua majlis rasmi yang dijadualkan untuk beliau akan diwakili Exco.

“Beliau masih memerlukan pemeriksaan rapi dan pemantauan. Walau bagaimana pun pihaknya tidak perlu lantik Pemangku Menteri Besar kerana tempoh berehat beliau tidak melebihi 30 hari,” terangnya.

Beliau juga mengharapkan Azizan akan segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

Tiada ulasan: