"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Aziz Bari : DEMONSTRASI LEBIH BESAR, Zaleha mesti DIPECAT

Sofi Wahab

Presiden, kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, Haziq Abdullah bin Abdul Aziz menggesa rektor UIA supaya menarik balik penggantungan ke atas Professor Abdul Aziz Bari dengan kadar segera.

"Minta maaf kepada Prof Aziz Bari atau akan berdepan dengan demonstrasi yang lebih besar  dalam jangka masa yang terdekat ini.

"Siasatan harus dilakukan dengan adil dan telus tanpa sebarang campur tangan ahli politik. Kami percaya ada tangan-tangan ghaib yang cuba menganiaya Prof Aziz Bari memandangkan kenyataan-kenyataan Aziz Bari diliihat sering tidak memihak kepada parti pemerintah." ujar Haziq dalam tulisannya yang disiarkan sebuah portal berita internet.


Beblaiu juga mencabar pihak UIA atau mana-mana pihak sekalipun, sekiranya apa yang dikatakan oleh Prof Aziz Bari bahawa sultan tidak boleh dikritik adalah salah, maka tampilkan seorang ahli akademik untuk berbahas dengan beliau.

Kenyataan Haziq merupakan perkara serius dan menggambarkan penentangan terbuka mahasiswa ke atas pentadbir universiti yang dilihat jelas bertindak tidak cerdik dan dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib.

Sesungguhnya tindakan Rektor UIAM, Zaleha Kamaruddin menunjukkan kegagalan beliau memimpin sebuah institusi pendidikan bertaraf antarabangsa. Bagi saya adalah wajar pihak kerajaan memikirkan semula keputusan melantik beliau menjadi Rektor kerana terbukti beliau bukan sahaja memalukan universiti malah negara di persada antarabangsa.

Sepatutnya sebagai sebuah Universiti yang mendaulatkan ilmu tidak timbul tindakan tidak cerdik seperti. Adalah wajar Zaleha Kamaruddin diberhentikan serta merta kerana kegagalannya menjaga nama baik UIAM dan Malaysia.

Tiada ulasan: