"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aziz Bari 'WARNING' Mahathir, Utusan dan YB Katak

Sofi Wahab

NONEProfessor Aziz Bari terus menunjukkan belangnya dengan memberi amaran kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Saya menyokong ketegasan Aziz Bari dalam hal ini bagi menggambarkan keseriusan beliau bahawa semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau adalah fitnah semata-mata.

Lebih manis lagi Aziz Bari jelas mendapat sokongan padu dari pelajar-pelajar UIAM dan kakitangan UIAM sendiri. Cuma pentadbir UIAM kaki bodek dan Umno sahaja yang bermusuh dengan Aziz Bari.

Tiada ulasan: