"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wasiat Gaddafi tiga hari sebelum mati

KAHERAH: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah meminta supaya dia dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.

Laman web pro-Gaddafi, Seven Days News melaporkan semalam bahawa permintaan itu dibuat tiga hari sebelum bekas pemimpin tersebut mati.

Berdasarkan satu nota yang dipercayai ditulis sendiri oleh Gaddafi, laman tersebut menyatakan, dia meminta dikebumikan dekat dengan saudara-maranya.

Bekas pemimpin itu juga meminta, keluarganya termasuk wanita dan anak-anaknya diberi layanan yang baik.
-Dpa/kosmo-

Tiada ulasan: