"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabut peluru pada dahi guna playar

SEORANG rakan askar itu kemudian mencabut peluru tersebut dengan menggunakan playar.- YOUTUBE
MOSCOW: Satu rakaman video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seorang lelaki mencabut peluru yang terlekat pada dahi seorang askar Rusia dengan hanya menggunakan playar, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Dalam rakaman video itu, askar tersebut kelihatan tenang semasa peluru tersebut dicabut dengan menggunakan playar oleh rakannya.

Askar tersebut dilaporkan terkena peluru tersebut dalam pertempuran antara askar-askar Rusia dengan para pejuang Chechen.

Askar tersebut kemudian memeriksa kecederaan pada dahinya itu selepas peluru tersebut berjaya dikeluarkan hanya dalam tempoh beberapa minit. - Agensi

Tiada ulasan: